KHAIRUL FAHMI MASIH IDAMKAN KEJUARAAN
Bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui masih mengimpikan kejuaraan bersama Sabah FC meskipun menyedari saingan yang diberikan setiap pasukan semakin meningkat setiap tahun.
Selepas tiga musim bersama skuad Sabah FC, Khairul Fahmi atau lebih mesra digelar dengan gelaran Apek dilihat masih bernafsu untuk mendakap kejuaraan bersama pasukan The Rhinos.
Namun dia menyifatkan, kejayaan Sabah FC melangkah ke pusingan kalah mati zon Asean Piala AFC pada musim lalu selepas tewas kepada wakil Australia, Macathur FC adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan.
“Bagi saya sendiri, walaupun kita tidak dapat ke peringkat seterusnya, tapi untuk sekian lama pasukan Sabah tidak bermain di Piala AFC, saya rasa itu adalah satu prestasi yang boleh dibanggakan.” jelas Khairul Fahmi.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee juga dilihat tidak banyak membuat pertukaran pemain, menjelang saingan musim baharu akan bermula tidak lama lagi.
Bagi Khairul Fahmi pula, langkah yang diambil oleh pihak pengurusan untuk tidak membawa masuk banyak muka baharu dalam pasukan adalah satu kelebihan buat pasukan Sabah FC.
Tambahnya, pemain yang sedia ada sudah memahami corak permainan rakan sepasukan dan ini akan membuatkan persiapan pasukan Sabah FC lebih mudah dan berjalan lancar.
“Saya rasa ia merupakan satu kebaikan untuk pasukan sebab tidak ramai pemain yang akan keluar dan masuk.”
Dia yang sedang giat melakukan persediaan bersama rakan sepasukan menegaskan persiapan pasukan Sabah berada dalam keadaan terbaik dan tidak sabar menantikan sepak mula Liga Malaysia.
See TranslationSelepas tiga musim bersama skuad Sabah FC, Khairul Fahmi atau lebih mesra digelar dengan gelaran Apek dilihat masih bernafsu untuk mendakap kejuaraan bersama pasukan The Rhinos.
Namun dia menyifatkan, kejayaan Sabah FC melangkah ke pusingan kalah mati zon Asean Piala AFC pada musim lalu selepas tewas kepada wakil Australia, Macathur FC adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan.
“Bagi saya sendiri, walaupun kita tidak dapat ke peringkat seterusnya, tapi untuk sekian lama pasukan Sabah tidak bermain di Piala AFC, saya rasa itu adalah satu prestasi yang boleh dibanggakan.” jelas Khairul Fahmi.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee juga dilihat tidak banyak membuat pertukaran pemain, menjelang saingan musim baharu akan bermula tidak lama lagi.
Bagi Khairul Fahmi pula, langkah yang diambil oleh pihak pengurusan untuk tidak membawa masuk banyak muka baharu dalam pasukan adalah satu kelebihan buat pasukan Sabah FC.
Tambahnya, pemain yang sedia ada sudah memahami corak permainan rakan sepasukan dan ini akan membuatkan persiapan pasukan Sabah FC lebih mudah dan berjalan lancar.
“Saya rasa ia merupakan satu kebaikan untuk pasukan sebab tidak ramai pemain yang akan keluar dan masuk.”
Dia yang sedang giat melakukan persediaan bersama rakan sepasukan menegaskan persiapan pasukan Sabah berada dalam keadaan terbaik dan tidak sabar menantikan sepak mula Liga Malaysia.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |