KEPUTUSAN PELESENAN KELAB LIGA SUPER DAN LIGA M3 (AFL) UNTUK PERTANDINGAN LIGA SUPER 2024-2025
Sepuluh kelab berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan manakala tiga lagi kelab diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman menyaksikan mereka layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024-2025.
Bagaimanapun keputusan mengenai status Lesen Kebangsaan satu lagi kelab Liga Super ditangguhkan sehingga Disember 2023.
Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) kali ke-6 yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif telah diadakan pada 18 Oktober 2023 namun FIB mengambil sedikit masa untuk menyemak dokumen-dokumen sebelum membuat keputusan pada 22 November 2023.
Bagi membolehkan pasukan diberikan lesen, mereka perlu dinilai dan mematuhi enam kriteria utama iaitu; Sukan, Infrastruktur, Kakitangan & Pentadbiran, Perundangan, Kewangan dan Perniagaan yang telah dinyatakan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.
Lesen Kebangsaan yang diberikan sah untuk satu musim sahaja iaitu sepanjang musim 2024 - 2025.
Mengikut sub-kriteria kewangan F.04 Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023, proses pelesenan mengambil kira tarikh deklarasi kewangan pertama iaitu sehingga 30 Jun.
Berikutan tempoh masa ini, FIB akan menyemak kedudukan kewangan kedua kelab-kelab itu sehingga 31 Ogos selaras dengan sub-kriteria Kewangan F.011 Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023. Ini dilakukan untuk memastikan hutang kelab yang mungkin berlaku antara tarikh deklarasi akhir pertama dan kedua. Ini dilakukan melalui deklarasi-deklarasi rasmi kelab yang akan disemak oleh FIB.
Dengan ketetapan tarikh akhir ini, MFL juga meminta setiap kelab menyerahkan surat deklarasi yang membuktikan bahawa mereka bebas daripada sebarang kelewatan atau tidak membayar gaji, KWSP, LHDN, Perkeso dan EIS sehingga 30 November kepada MFL selewat-lewatnya pada 15 Disember 2023 selaras dengan sub-kriteria Kewangan F.09, menjelang Liga Super musim 2024-2025.
Bagi musim 2024-2025, sepuluh kelab yang diberikan Lesen Kebangsaan adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, Kedah Darul Aman FC, Negeri Sembilan FC dan PDRM FC.
Bagaimanapun, tiga kelab yang diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman adalah Kuala Lumpur City FC, Kelantan United FC dan Sabah FC.
Ketiga-tiga kelab Kuala Lumpur City FC, Kelantan United FC dan Sabah FC diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman denda RM20,000 atas kesalahan melakukan deklarasi yang salah.
Walaupun Kelantan FC tidak memiliki rekod tunggakan gaji pemain dan pegawai pada 30 Jun namun didapati memiliki tunggakan gaji di dalam deklarasi 31 Ogos.
Justeru, sebagai langkah pertama, FIB mengarahkan Kelantan FC untuk menyelesaikan bayaran tunggakan atau menyerahkan persetujuan bersama pemain dan pegawai pada 15 November 2023.
Namun setelah tarikh akhir 15 November 2023, pihak FIB tidak menerima sebarang bukti bayaran ataupun persetujuan bersama permain dan pegawai sebaliknya hanya menerima rayuan lanjutan masa.
Hukuman pertama yang dikenakan kepada Kelantan FC adalah denda sebanyak RM20,000 atas kesalahan tidak mematuhi tempoh masa FIB. Pihak FIB memberikan peluang terakhir sehingga 30 November untuk menyerahkan bukti bayaran tunggakan gaji sehingga 31 Ogos ataupun persetujuan bersama pemain dan pegawai kelab.
Sekiranya Kelantan FC telah menyelesaikan langkah pertama, Kelantan FC masih perlu menyelesaikan langkah kedua untuk menerima Lesen Kebangsaan. Namun, jika gagal di peringkat langkah pertama, Kelantan FC secara automatik tidak akan menerima Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025.
FIB mengambil keputusan untuk memberikan hukuman kedua kepada Kelantan FC dengan sekatan perpindahan MFL sehingga semua kes tempatan dan asing diselesaikan sepenuhnya.
Seterusnya, untuk langkah kedua, Kelantan FC perlu menghantar surat deklarasi yang membuktikan bahawa mereka bebas daripada sebarang tunggakan sehingga 30 November mengikut sub-kriteria kewangan F.09 Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 beserta penyelesaian untuk kes-kes yang mempunyai keputusan FIFA dan FAM sebelum 31 Disember 2023.
Seterusnya, 7 Kelab dari MBSB Championship (Amateur Football League, M3) terdiri daripada Imigresen FC, KL Rovers FC, Harini Selangor FT, Armed Forces FC, Perlis United FC, Melaka FC dan Sarawak United FC telah memohon lesen Kebangsaan “Extraordinary” bagi kitaran pelesenan tahun 2023 untuk Lesen Kebangsaan Liga Super musim 2024 – 2025.
Namun begitu, kesemua 7 kelab tersebut tidak diberikan Lesen Kebangsaan selepas keputusan yang telah dibuat pada Mesyuarat First Intance Body (FIB) Kali Ke 7 pada 31 Oktober 2023.
Akhir sekali, saya bagi pihak MFL sebagai pemegang lesen mengucapkan tahniah kepada kelab-kelab yang telah berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan dan mengiktiraf usaha cemerlang mereka dalam memastikan permohonan berjaya.
Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif
Pengerusi Pelesenan Kelab MFL FIB
Versi Bahasa Inggeris:
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2023/11/PRESS-RELEASE-FIB-2023.pdf
See TranslationBagaimanapun keputusan mengenai status Lesen Kebangsaan satu lagi kelab Liga Super ditangguhkan sehingga Disember 2023.

{ReactCount}
{CommentCountText}
All 0
0
0
0
0
0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |