PAVITHRAN MANFAAT PELUANG TEMBUSI LIGA SUPER
Kepercayaan yang diberikan Terengganu FC menjadi peluang berharga buat pemain tengah, G. Pavithran untuk mengorak langkah lebih jauh dalam kariernya selaku pemain muda tempatan.
Peralihan daripada saingan Liga A1 Semi-Pro bersama JDT II ke pentas Liga Super bersama Terengganu FC musim ini nyata menjadi satu langkah penting dalam perjalanan karier Pavithran untuk mengembangkan potensinya ke tahap lebih tinggi.
Dengan jumlah 271 minit permainan setakat ini bersama Terengganu FC, pemain berusia 21 tahun itu sedar peluang yang diberikan oleh Nafuzi Zain disifatkan sebagai satu tanggungjawab besar yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin selain perlu menghadapi persaingan sengit bersama pemain-pemain lebih berpengalaman.
Menurutnya, pengalaman bersama JDT II sebelum ini banyak memberikan pendedahan serta pengajaran berharga dalam usaha memperbaiki kelemahan selain turut menjadi perhatian selepas mempamerkan aksi cemerlang membantu Malaysia mara ke separuh akhir Kejuaraan Piala ASEAN 2026 sebelum ini.
“Perjalanan ini memberikan banyak pengalaman dan pengajaran kepada saya. Semasa bersama JDT II, saya banyak belajar dan saya cuba memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi lebih baik.
“Sekarang apabila diberikan peluang bersama pasukan utama Terengganu FC, saya anggap ini satu langkah penting dalam karier saya. Saya juga dapat belajar banyak perkara daripada pemain-pemain senior yang lebih berpengalaman,” katanya.
Mengulas mengenai persaingan dalam skuad Sang Penyu, Pavithran mengakui setiap pemain memiliki kualiti tersendiri, justeru menuntut dirinya untuk bekerja keras bagi merebut tempat sekali gus ingin menjadi antara pemain muda tempatan yang mampu memanfaatkan peluang bersaing di pentas tertinggi bola sepak negara.
Sudah tentu, dia ingin terus menambat hati Nafuzi bagi membantu pasukan sebaik mungkin apabila kini telah beraksi dalam 6 perlawanan termasuk Piala FA dengan 3 daripadanya di kesebelasan utama.
“Persaingan dalam pasukan memang sihat kerana setiap pemain mempunyai kualiti masing-masing.
“Saya perlu terus bekerja keras dalam latihan, belajar daripada pemain-pemain senior dan sentiasa bersedia apabila diberikan peluang,” katanya.
Terengganu FC kini berada di tangga kesembilan Liga Super selepas 6 perlawanan dan akan berdepan DPMM FC pada 20 November depan.
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|