SIKH TIDAK GENTAR BERSAING, HORMATI KUALITI RAKAN PENJAGA GOL
Penjaga gol Selangor FC, Sikh Izhan optimis dengan peluang yang diberikan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab di benteng terakhir pasukan, meskipun perlu bersaing dengan dua lagi penjaga gol.
Menurut Sikh, persaingan secara sihat antara dia bersama-sama Kalamullah Al-Hafiz dan Azim Al Amin menjadi perkara positif buat pasukan, malah dia tidak mempunyai masalah sekiranya pengendali, Kim Pan Gon melakukan penggiliran bagi posisi berkenaan.
Apa yang pasti, pemain berusia 24 tahun itu cukup yakin dengan kemampuan dua rakan sepasukannya itu yang masing-masing memiliki kualiti tersendiri dan bersikap terbuka untuk sama-sama bersaing merebut tempat bagi membantu pasukan.
Sikh ketika ini telah beraksi dalam 7 perlawanan secara keseluruhan termasuklah perlawanan di pentas Piala FA.
“Sejujurnya kami bertiga bersaing secara sihat, kalau diberi penggiliran pun saya tak risau sebab saya tahu kebolehan Kalamullah dan Azim.
“Mereka berdua pun berada di posisi yang terbaik dan saya rasa sesiapa pun datang, tak ada masalah.
“Insya-Allah kalau Azim atau Kalamullah yang dapat peluang bermain selepas ini, saya masih dan tetap akan memberi semangat dan juga kepercayaan kepada mereka.
Dalam masa sama, Sikh turut membuktikan kesediaannya untuk memanfaatkan setiap peluang yang diberikan dan menyifatkan kemenangan 2-1 di separuh akhir pertama Piala FA menentang Kuching City FC tempoh hari adalah kerjasama seluruh pasukan.
“Perlawanan malam ini (Jumaat) amat sukar dan sekurangnya kita berkelebihan satu gol di hadapan untuk dibawa ke Kuching.
“Saya berharap kita dapat kekalkan momentum ini dan saya bersyukur atas peluang diberi dan akan terus berusaha bersama-sama untuk kita mencapai matlamat kita di Piala FA ini”, tambahnya.
Sebelum ke separuh akhir kedua Piala FA pada 8 November, Selangor FC akan menerima kunjungan Star City FC terlebih dahulu pada Ahad ini untuk aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|