BRUNDO BUKAN SEKADAR BENTENG
Ketajaman Stefano Brundo di depan gawang terus menjadi aset penting buat Penang FC apabila telah meledak 31 gol secara keseluruhan sejak beraksi di Liga Malaysia pada musim 2023.
Meskipun beraksi di posisi pertahanan, Brundo membuktikan kemampuan luar biasanya bagi memberi nilai tambah kepada kelab yang disertai untuk membantu di setiap sudut termasuklah menerusi jaringannya sejak bersama Sri Pahang FC pada musim 2023 dan kini di Penang FC.
Pemain kelahiran Argentina itu mengakui gembira dengan prestasi semasanya selepas berjaya menjaringkan empat gol setakat ini termasuklah di pentas Piala FA namun menegaskan keutamaannya sebagai kapten pasukan adalah membantu Penang FC meraih kemenangan.
“Saya sangat gembira dengan tahap prestasi saya ketika ini. Menjaringkan empat gol dalam beberapa perlawanan sebelum ini bukan sesuatu yang mudah bagi seorang pemain pertahanan, tetapi itu merupakan antara kekuatan dalam permainan saya yang saya sentiasa cuba untuk lakukan.
“Saya kini sudah menjaringkan 31 gol sepanjang beraksi di Malaysia, dan saya rasa itu lebih banyak berbanding mana-mana pemain pertahanan lain dan sudah tentu saya bangga dengan pencapaian ini sejak bersama Sri Pahang lagi.
“Bagaimanapun, fokus utama saya bukanlah untuk mencari rekod jaringan, tetapi matlamat utama adalah memastikan pasukan ini menang dan itu memerlukan usaha daripada semua pemain,” katanya.
Dalam masa sama, Brundo mengakui Penang FC perlu berada pada tahap terbaik menjelang pertemuan menentang Melaka FC pada Ahad ini, dengan turut menyifatkan lawan mereka itu sebagai pasukan yang semakin meningkat daripada segi kualiti permainan.
Selepas berdepan Melaka FC sebelum ini di pusingan 16 Piala FA, dia tidak menolak skuad berkenaan antara yang perlu diberi perhatian pada musim ini selain melihat kehadiran Dino Kalesic serta beberapa pemain import lain sebagai faktor yang membantu meningkatkan kualiti permainan Melaka FC.
“Melaka sudah banyak berubah dan berkembang. Kami sudah bermain menentang mereka dua kali dan mereka memberikan tentangan yang hebat, walaupun kami berjaya menang dalam kedua-dua perlawanan itu.
“Kalesic menjadikan pasukan itu bertambah lebih baik dan tidak dilupa juga bekas rakan sepasukan saya di Pahang sebelum ini, Kpah Sherman yang kita semua tahu dia memang berkualiti dan secara peribadi, dia adalah pemain kegemaran saya”, tambahnya.
Beraksi di laman sendiri pada Ahad ini turut menjadi kelebihan buat skuad Harimau Kumbang itu untuk memburu tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan Liga Super apabila kini berada di tangga kedua tercorot selepas lima perlawanan.
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|