WENZEL-HALLS TEKAD BANTU PASUKAN
Penyerang Kuching City FC, Dylan Wenzel-Halls menegaskan dia dan rakan pasukan perlu menutup ruang dan menyekat pergerakan pemain Selangor dengan lebih ketat bagi menghalang mereka membina serangan berbahaya menjelang aksi separuh akhir Piala FA, malam ini.
Sudah tentu, dia menjangkakan aksi sengit di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu sambil menekankan kepentingan disiplin, fokus dan tumpuan penuh sepanjang 90 minit permainan.
Wenzel-Halls mengakui Selangor memiliki kualiti dan kekuatan individu yang tersendiri, khususnya di bahagian serangan, sekali gus menuntut Kuching City tampil dengan perancangan rapi bagi mengekang ancaman pasukan tuan rumah.
“Sudah tentu Selangor merupakan sebuah pasukan yang hebat dan kita tahu mereka mempunyai banyak kelebihan, khususnya di bahagian serangan.
“Kami perlu mengehadkan ruang dan masa yang dimiliki pemain-pemain utama mereka ketika mereka pegang bola, dan memastikan kami sentiasa fokus untuk beri tumpuan sepenuhnya sepanjang perlawanan.
“Saya menjangkakan perlawanan yang sengit dan kompetitif di mana kedua-dua pasukan mempunyai keinginan yang tinggi dan mahu memberikan aksi terbaik dalam perlawanan pertama ini sebelum ke aksi timbal balik”, jelasnya.
Dalam pada itu, Wenzel-Halls turut menyatakan komitmen peribadinya untuk membantu Kuching City menerusi apa jua sumbangan yang diperlukan, sama ada jaringan gol, bantuan jaringan mahupun kerja keras di atas padang.
Bekas pemain Penang FC itu juga mahu meneruskan momentum selepas meledak dua gol pada aksi hujung minggu lalu, selain bertekad meningkatkan mutu permainannya dari satu perlawanan ke satu perlawanan.
“Secara peribadi, saya mahu membantu Kuching City dalam apa jua cara yang mampu. Sama ada melalui jaringan gol, bantuan gol atau kerja keras, saya akan memberikan segala-galanya untuk kelab ini.
“Saya berharap dapat terus meningkatkan tahap dan ingin terus membina momentum terbaik bersama-sama rakan sepasukan yang lain.” tambahnya.
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|