MFL UMUM DUA AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU BAGI PENGGAL 2021-2025
Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pelantikan dua Ahli Lembaga Pengarah MFL baharu sebagai wakil pasukan bagi penggal 2021-2025 menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Ke-7 yang diadakan pada hari ini.
Menerusi proses pemilihan itu menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Dato’ Mohamed Suffian Awang dan Pengurus Besar Penang FC, En. Jeffrey Chew Gim Eam dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MFL.
Dato’ Mohamed Suffian sebelum ini menjawat jawatan pengurus pasukan Pahang pada tahun 2018 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada musim 2020 manakala En. Jeffrey Chew pula antara individu penting memacu perjalanan kelab Penang FC sejak musim 2020 sebagai pengurus besar.
Presiden (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan amat mengalu-alukan kedatangan dua Ahli Lembaga Pengarah MFL yang dipilih dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga bagi penggal baharu di mana beliau optimis kehadiran dua individu berpengalaman dalam kancah bola sepak tanah air ini akan membawa ‘suara’ kelab-kelab Liga Malaysia dalam pengurusan tertinggi MFL.
Pelantikan dua Ahli Lembaga Pengarah MFL itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas Pengarah Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif UiTM FC, Mustaza Ahmad.
See TranslationMenerusi proses pemilihan itu menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Dato’ Mohamed Suffian Awang dan Pengurus Besar Penang FC, En. Jeffrey Chew Gim Eam dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MFL.
Dato’ Mohamed Suffian sebelum ini menjawat jawatan pengurus pasukan Pahang pada tahun 2018 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada musim 2020 manakala En. Jeffrey Chew pula antara individu penting memacu perjalanan kelab Penang FC sejak musim 2020 sebagai pengurus besar.
Presiden (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan amat mengalu-alukan kedatangan dua Ahli Lembaga Pengarah MFL yang dipilih dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga bagi penggal baharu di mana beliau optimis kehadiran dua individu berpengalaman dalam kancah bola sepak tanah air ini akan membawa ‘suara’ kelab-kelab Liga Malaysia dalam pengurusan tertinggi MFL.
Pelantikan dua Ahli Lembaga Pengarah MFL itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas Pengarah Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif UiTM FC, Mustaza Ahmad.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |