KENYATAAN MFL BERKENAAN MEMORANDUM SEKUMPULAN PENYOKONG
Malaysian Football League (MFL) mengambil maklum berhubung satu memorandum yang telah diedarkan oleh sekumpulan penyokong kepada kelab-kelab Liga Malaysia yang membangkitkan beberapa perkara berkaitan pengurusan dan penganjuran Liga Malaysia.
MFL menghormati hak mana-mana pihak untuk menyuarakan pandangan serta mengemukakan persoalan.
Sehubungan itu, MFL ingin memberikan penjelasan berdasarkan fakta, peraturan dan proses yang telah dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
1. Isu pendaftaran pemain naturalisasi dan pemain warisan.
Berhubung isu pendaftaran pemain naturalisasi dan pemain warisan, MFL ingin menjelaskan bahawa kedua-dua kategori tersebut merupakan perkara yang berbeza dari segi status dan proses pengesahan.
Bagi tujuan pendaftaran dalam Liga Malaysia, pemain yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia dan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan, tertakluk kepada peraturan serta syarat pendaftaran yang ditetapkan.
Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas dalam Manual Liga Malaysia Edisi 2025-2026, khususnya Perkara 4.5.9, selain Artikel 3 di bawah Sistem Pendaftaran dan Perpindahan Pegawai dan Pemain serta Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak FAM MYPAS (FIFA CONNECT), yang menetapkan keperluan pengemukaan salinan kad pengenalan atau pasport yang sah bagi tujuan pendaftaran pemain.
Ketetapan yang sama turut dijelaskan menerusi pekeliling kepada semua kelab Liga Malaysia bertarikh 12 Jun 2025.
Berdasarkan dokumen yang dikemukakan kepada MFL, pemain-pemain yang dibangkitkan merupakan warganegara Malaysia dan mempunyai kad pengenalan yang sah. Oleh itu, mereka telah didaftarkan sebagai pemain tempatan berdasarkan peraturan pendaftaran Liga Malaysia yang sedang berkuat kuasa.
Perkara ini juga telah diterangkan kepada wakil-wakil kelab Liga Malaysia menerusi Majlis Perbincangan MFL Bersama Rakan Kongsi Liga Malaysia 2025-2026 yang diadakan pada 29 April 2026.
Selain itu, pendirian MFL berhubung pengiktirafan pemain berkenaan sebagai pemain tempatan turut mendapat penjelasan daripada pihak AFC menerusi kenyataan Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John, pada 13 Mac 2026.
2. Kuota pendaftaran pemain tempatan kepada semua kelab Liga Malaysia bagi musim 2026-2027.
Berhubung keputusan menambah lima kuota pendaftaran pemain tempatan kepada semua kelab Liga Malaysia bagi musim 2026-2027, MFL ingin menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas menerima permohonan daripada Kuching City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Walaupun permohonan asal dikemukakan oleh dua kelab berkenaan, Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan agar tambahan kuota tersebut dibuka kepada semua kelab Liga Malaysia.
Keputusan ini dibuat bagi memastikan keseragaman dan keseimbangan antara kelab-kelab yang bertanding, di samping memberikan peluang kepada lebih ramai pemain tempatan untuk didaftarkan dan mendapat ruang dalam pasukan masing-masing.
Keputusan tersebut turut dibuat ketika jendela pendaftaran pemain pertama Liga Malaysia musim 2026-2027 masih dibuka dan hanya berakhir pada 3 September 2026.
Oleh itu, semua kelab mempunyai peluang dan tempoh yang mencukupi untuk mempertimbangkan serta menggunakan tambahan kuota tersebut berdasarkan keperluan masing-masing.
3. Isu pendaftaran pemain Kuala Lumpur City FC bagi musim 2026-2027.
Dalam pada itu, berkenaan isu pendaftaran pemain Kuala Lumpur City FC bagi musim 2026-2027, MFL sudah dimaklumkan awal bahawa kelab itu dalam proses penyelesaian kes FIFA bagi membolehkan perintah larangan pendaftaran pemain ditarik balik bagi menghadapi perlawanan Unifi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 22 Ogos 2026.
MFL masih memberi ruang kepada Kuala Lumpur City FC dengan mengambil kira kelab itu dalam proses penyelesaian kes berkenaan dan hanya menunggu FIFA membenarkan mereka membuat pendaftaran pemain baharu dengan jendela perpindahan pemain pertama masih dibuka sehingga 3 September 2026.
Perlawanan menentang Negeri Sembilan FC tidak dapat dilangsungkan selepas Kuala Lumpur City FC mengemukakan permohonan kepada MFL pada jam 12.40 tengah hari, 22 Ogos 2026, berhubung keadaan kesihatan yang melibatkan 13 pemain dan 2 pegawai pasukan yang dilaporkan dijangkiti wabak influenza.
Bagaimanapun berdasarkan maklumat pendaftaran dalam sistem MyPAS pada 22 Ogos 2026, MFL mendapati Kuala Lumpur City FC hanya mendaftarkan 12 pemain sahaja (11 pemain, 1 penjaga gol).
Disebabkan kelewatan menyelesaikan isu tunggakan gaji kes FIFA, Kuala Lumpur City FC tidak dapat mendaftarkan jumlah pemain yang mencukupi (minimum 20 orang Pemain termasuk 2 orang penjaga gol) bagi menggantikan pemain-pemain yang telah didaftarkan tetapi tidak dapat bermain disebabkan jangkitan wabak influenza.
Justeru Ahli Lembaga Pengarah memutuskan bahawa Negeri Sembilan FC diberikan kemenangan 3-0 serta mendapat tiga mata di atas kegagalan Kuala Lumpur City FC yang tidak turun beraksi pada perlawanan pertama Unifi Liga Super.
Kuala Lumpur City FC turut dikenakan denda sebanyak RM50,000 serta dikehendaki membayar semua ganti rugi dan kos berkaitan yang diputuskan oleh MFL.
Di bawah Artikel 4.5.7(i) Peraturan Pertandingan, semua kelab Liga Malaysia hendaklah mendaftarkan antara 15 hingga 20 pemain dalam Team List, termasuk sekurang-kurangnya dua penjaga gol. Pada masa yang sama, pekeliling MFL bertarikh 29 Jun 2026 menetapkan semua kelab hendaklah mendaftarkan sekurang-kurangnya 20 pemain, termasuk tiga penjaga gol, sebelum perlawanan pertama Liga Malaysia 2026-2027.
Kuala Lumpur City FC kemudian telah mengemukakan permohonan rasmi kepada MFL untuk mendapatkan kelulusan khas apabila memaklumkan bahawa mereka telah menyelesaikan tunggakan bayaran kepada dua bekas pemain import menerusi satu surat rasmi bertarikh 24 Ogos 2026 berserta dengan salinan bukti pembayaran.
Walaupun penyelesaian tersebut telah dibuat, kelab berkenaan masih dalam proses mendapatkan kelulusan FIFA bagi penarikan balik Perintah Larangan Perpindahan Pemain.
Setelah meneliti keadaan dan permohonan yang dikemukakan, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah bersetuju memberikan kelulusan khas kepada Kuala Lumpur City FC untuk mendaftarkan minimum 12 pemain bagi perlawanan Unifi Liga Super menentang Kuching City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 26 Ogos 2026.
Keputusan tersebut merupakan satu kelulusan khas yang dibuat berdasarkan keadaan dan fakta kes berkenaan, dan tidak bermaksud bahawa syarat pendaftaran yang ditetapkan dalam peraturan Liga Malaysia telah dipinda atau diketepikan secara umum.
MFL sentiasa komited untuk memastikan setiap keputusan berkaitan pertandingan Liga Malaysia dibuat secara teratur, berdasarkan peraturan yang ditetapkan serta mengambil kira kepentingan pertandingan dan kelab-kelab yang bertanding.
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|