KEPUTUSAN AHLI LEMBAGA PENGARAH MFL BERHUBUNG STATUS PERLAWANAN UNIFI LIGA SUPER
Malaysian Football League (MFL) ingin memaklumkan keputusan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL Ke-2 Bagi Penggal 2025-2029 berhubung status perlawanan Unifi Liga Super antara Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 22 Ogos 2026.
Perlawanan tersebut tidak dapat dilangsungkan selepas Kuala Lumpur City FC mengemukakan permohonan kepada MFL pada jam 12.40 tengah hari, 22 Ogos 2026, berhubung keadaan kesihatan yang melibatkan 13 pemain dan 2 pegawai pasukan yang dilaporkan dijangkiti wabak influenza.
MFL kemudiannya memaklumkan keputusan perlawanan LS1 itu tidak dapat dilangsungkan kepada semua kelab melalui pekeliling pada hari yang sama.
Susulan keputusan tersebut, Negeri Sembilan FC telah mengemukakan surat bantahan kepada MFL pada 22 Ogos 2026, serta memohon agar MFL membuat semakan menyeluruh terhadap perkara berkenaan dan memberikan keputusan berdasarkan peraturan pertandingan Liga Malaysia.
Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL semalam yang dihadiri Presidennya, Dato’ Ab Ghani Hassan, Dato’ Seri Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin, En. Jeffrey Chew Gim Eam, En. Iswandi Ali Hassan, En. Mustaza Ahmad, Datuk Noor Azman Rahman serta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, En. Mohd Shazli Shaik Mohd telah meneliti semua dokumen, laporan dan maklumat yang dikemukakan oleh pihak-pihak berkaitan, termasuk laporan perubatan daripada hospital kerajaan bertarikh 24 Ogos 2026 yang dikemukakan oleh Kuala Lumpur City FC.
Setelah mengambil kira keseluruhan fakta dan dokumen yang dikemukakan serta peruntukan di bawah Peraturan Pertandingan Liga Malaysia dan Constitution of the Malaysian Football League, Ahli Lembaga Pengarah MFL mendapati Kuala Lumpur City FC gagal menguruskan urusan pendaftaran pemain lebih awal sehingga menyebabkan gagal menyediakan pasukan lengkap untuk beraksi menentang Negeri Sembilan FC.
Ini berikutan hasil semakan menerusi sistem MyPAS pada 22 Ogos 2026, MFL mendapati Kuala Lumpur City FC hanya mendaftarkan 12 pemain sahaja (11 pemain, 1 penjaga gol).
Sehubungan itu, Lumpur City FC jelas telah melanggar Artikel 4.5.7 (i) Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2026-2027 : "Bagi semua kelab Liga Malaysia hendaklah mendaftar maksimum 20 dan minimum 15 orang Pemain termasuk minimum 2 orang Penjaga Gol dalam ‘Team List’ serta Pekeliling Liga Malaysia berkenaan syarat-syarat pendaftaran pegawai dan pemain Liga Super 2026-2027 yang telah diedarkan kepada semua kelab pada 29 Jun 2026 : “Semua kelab hendaklah mendaftarkan minimum 20 orang pemain termasuk 3 orang penjaga gol pada atau sebelum perlawanan pertama Liga Malaysia 2026 – 2027.”
Selain itu Kuala Lumpur City FC juga tidak mematuhi Artikel 3.1.3 Peraturan Organisasi Teknikal Perlawanan (OTP): "Kelab hendaklah melengkapkan Team Selection List dengan dua puluh (20) orang pemain iaitu, pemain kesebelasan utama, pemain simpanan termasuk ketua kelab serta Sepuluh (10) orang pegawai di bangku simpanan.
Unit Pelesenan Kelab MFL dan First Instance Body (FIB) sudah berulang kali mengeluarkan peringatan kepada Kuala Lumpur City FC untuk menyelesaikan denda yang telah dikenakan oleh FIFA sehingga mendapat Perintah Larangan Pendaftaran Pemain Antarabangsa.
Namun Kuala Lumpur City FC dilihat gagal bertindak proaktif dalam menyelesaikan kes berkenaan yang akhirnya memberi kesan kepada urusan pendaftaran pemain kelab itu musim ini.
Justeru Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan bahawa Negeri Sembilan FC diberikan kemenangan 3-0 serta mendapat tiga mata di atas kegagalan Kuala Lumpur City FC yang tidak turun beraksi pada perlawanan pertama Unifi Liga Super.
Kuala Lumpur City FC turut dikenakan denda sebanyak RM50,000 serta dikehendaki membayar semua ganti rugi dan kos berkaitan yang diputuskan oleh MFL.
Berhubung permohonan Kuala Lumpur City FC untuk menangguhkan perlawanan Unifi Liga Super menentang Kuching City FC yang dijadualkan pada 26 Ogos 2026 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah membuat keputusan menolak permohonan penangguhan tersebut dan perlawanan berkenaan kekal dilangsungkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sekiranya Kuala Lumpur City FC tidak beraksi pada perlawanan itu maka kemenangan 3-0 serta 3 mata akan diberikan kepada Kuching City FC selain pasukan tuan rumah turut bakal dikenakan hukuman denda RM50,000.
MFL menegaskan bahawa setiap kelab yang menyertai pertandingan Liga Malaysia bertanggungjawab untuk mematuhi sepenuhnya Peraturan Pertandingan serta segala arahan rasmi MFL bagi memastikan kelancaran dan integriti pertandingan sentiasa terpelihara.
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|