UNDIAN PIALA FA 2026-2027 : 16 PASUKAN MENANTI LAWAN
Malaysian Football League (MFL) bakal mengadakan Majlis Undian Piala FA 2026-2027 pada hari ini, dengan 16 kelab akan bersaing termasuk empat wakil dari Liga A1 Semi Pro.
4 kelab tersebut adalah Kedah FA, Perak FA, UM Damansara United dan Kelantan City FC bersama-sama 12 kelab Unifi Liga Super lain bagi berentap di pentas Piala FA edisi ke-36 ini.
Selain itu, satu kelab terbaharu Unifi Liga Super iaitu Kelantan Red Warrior FC yang dinaikkan pangkat daripada Liga A1 Semi Pro pada musim ini antara yang akan merancakkan lagi saingan pemburuan trofi kejohanan itu.
5 kelab ini akan diundi bersama 11 lagi kelab Unifi Liga Super iaitu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, Sabah FC, DPMM FC dan Melaka FC.
Pada musim ini, semua perlawanan daripada pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara timbal balik.
Sebanyak 8 pasukan yang layak secara automatik ke pusingan 16 berdasarkan kedudukan 1 hingga 8 Liga Super 2025-2026 iaitu JDT, Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC, Negeri Sembilan FC dan Penang FC selaku pasukan ‘seeded’.
Manakala undian secara terbuka akan melibatkan 3 pasukan terbawah Liga Super 2025-2026 iaitu Sabah FC, DPMM FC, Melaka FC diikuti pasukan terbaharu musim ini, Kelantan Red Warrior FC serta 4 kelab Liga A1 Semi Pro untuk bertemu pasukan ‘seeded’.
Proses undian menyaksikan 8 kelab dalam Pusingan 16 akan diundi dan akan bertemu pasukan seeded mengikut posisi 1 hingga 8 berdasarkan kedudukan Liga Super 2025-2026 di mana penentuan seeding kelab dalam mekanisma undian adalah sama seperti yang telah ditetapkan seperti musim sebelum ini.
Kelab ‘seeded’ yang berkedudukan 1,4,5 dan 8 akan berada di kedudukan sebelah kiri jadual manakala kelab seeded yang berkedudukan 2,3,6 dan 7 berada di sebelah kanan jadual mengikut ranking yang telah ditetapkan.
Musim lalu, final Piala FA 2025-2026 menyaksikan JDT dinobatkan selaku juara buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Sabah FC dengan keputusan 5-0 di TM Stadium Nasional.
Jadi, apakah nasib laluan kesemua 16 kelab yang bertanding dalam saingan Piala FA musim ini? Semuanya akan terjawab selepas undian pada petang ini yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena (801), Astro GO, Sooka dan Youtube Astro Arena pada jam 4 petang.
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|