PERLAWANAN UNIFI LIGA SUPER ANTARA NEGERI SEMBILAN FC DAN KL CITY FC TIDAK DAPAT DILANGSUNGKAN
Malaysian Football League (MFL) ingin memaklumkan bahawa perlawanan Unifi Liga Super (LS1) di antara Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC yang dijadualkan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada jam 5.00 petang ini tidak dapat dilangsungkan.
Keputusan tersebut dibuat selepas MFL menerima permohonan rasmi daripada Kuala Lumpur City FC berikutan hampir separuh pemain kelab itu disahkan mengalami penyakit influenza.
Kuala Lumpur City FC dalam permohonan rasmi itu menyatakan 15 pemain dan dua pegawai pasukan telah mengalami simpton demam, batuk, selsema dan cirit-birit menerusi surat laporan perubatan kepada MFL.
Menurut kelab itu, kesemua pemain dan pegawai akan dirujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling untuk rawatan lanjut memandangkan penyakit itu mudah merebak dan memerlukan masa bagi tujuan pemulihan.
Setelah menilai permohonan serta keadaan yang dihadapi Kuala Lumpur City FC, MFL memutuskan bahawa perlawanan itu tidak dapat dilangsungkan bagi memastikan aspek kebajikan dan kesihatan pemain serta pegawai pasukan diberikan keutamaan.
MFL bagaimanapun akan membawa perkara ini ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan mengenai status perlawanan itu dalam masa terdekat.
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|