MALAM GEMILANG LIGA M AWARDS 2025-2026 BAKAL BERLANGSUNG PADA 12 OGOS INI DI RTM
Majlis pengiktirafan bagi menghargai pencapaian terbaik sepanjang musim Liga Malaysia 2025-2026, ”Liga M Awards 2025-2026” anjuran Malaysian Football League (MFL) akan diadakan di Auditorium Seri Angkasa, Kuala Lumpur, pada 12 Ogos 2026 (Rabu) bermula jam 8.30 malam hingga 10.00 malam dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Sukan+ dan RTMKlik.
Penganjuran sulung Liga M Awards ini bakal membuka lembaran baharu dalam sejarah penganugerahan bola sepak profesional negara selepas penjenamaan semula daripada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK).
Selepas 20 tahun, Liga M Awards tampil dengan lebih eksklusif dalam pentakrifan penganugerahan lebih tepat bagi mengiktiraf kecemerlangan jurulatih, pemain, pasukan serta penyokong sepanjang saingan Liga Malaysia musim 2025-2026.
Lebih bermakna, penganjuran kali ini turut melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya MFL menjalinkan kerjasama bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku Penyiar Rasmi manakala Usaha Jana Sdn. Bhd. tampil sebagai Rakan Strategik Acara Rasmi dan Penganjur Bersama bagi memastikan malam anugerah berprestij ini dianjurkan mengikut standard bertaraf tinggi.
Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, Liga M Awards bukan sekadar penjenamaan baharu, malah ia sebagai gelombang baharu kepada perkembangan bola sepak profesional Malaysia.
“Liga M Awards adalah simbol kepada era baharu dalam menghargai kecemerlangan warga Liga Malaysia. Penjenamaan semula ini bukan hanya melibatkan nama, tetapi turut membawa pembaharuan daripada aspek penganjuran, pengalaman penonton serta nilai komersial yang mampu mengangkat martabat bola sepak profesional negara.
“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan gergasi dunia penyiaran tanah air iaitu RTM yang sentiasa menyokong kepada perkembangan bola sepak tempatan khususnya Liga Malaysia. Terima kasih kepada Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Dato’ Seri Fahmi Fadzil yang membuka jalan dalam merealisasikan kerjasama bersejarah ini sehingga menyaksikan RTM buat julung kalinya menjadi penyiar rasmi Liga M Awards,” katanya.
Selain itu perancangan untuk menjayakan Liga M Awards 2025-2026 turut digembleng bersama Usaha Jana bagi memastikan malam anugerah ini bukan sahaja gah dari segi penganjuran, malah mampu dinikmati oleh seluruh penyokong bola sepak tanah air menerusi siaran langsung.
Sementara itu menurut Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia (RTM), Encik Ashwad Ismail, kerjasama ini dapat memperkukuh peranan RTM sebagai rakan Penyiar Rasmi yang sentiasa menyokong usaha Malaysian Football League (MFL) dalam memartabatkan pencapaian penggiat bola sepak tanah air.
Ashwad turut menambah, “Komitmen RTM adalah untuk terus memperkukuh kualiti penyiaran sukan tempatan dan memastikan siaran langsung majlis anugerah yang disiarkan menerusi saluran Sukan+ dan aplikasi RTMKlik ini berkualiti tinggi untuk dinikmati seluruh rakyat Malaysia dan menginspirasikan anak-anak muda Malaysia agar terus beriltizam dan menanam tekad untuk menjadi juara dan menjulang Piala Dunia tidak lama lagi”.
Majlis Liga M Awards kali ini akan menghimpunkan barisan pemain terbaik Liga Malaysia, jurulatih, Rakan Kongsi Liga, barisan penaja-penaja serta tokoh-tokoh bola sepak tanah air bagi meraikan pencapaian luar biasa sepanjang musim 2025-2026.
Sebanyak 15 kategori anugerah akan dipertandingkan pada edisi pertama Liga M Awards selepas proses penilaian dilakukan secara menyeluruh melibatkan semua perlawanan rasmi Liga Malaysia musim 2025-2026 sehingga aksi terakhir Perlawanan Akhir Piala Malaysia.
Sudah pasti tumpuan pada malam berprestij itu ialah pengumuman pemenang Pemain Paling Bernilai (MVP), anugerah tertinggi yang menjadi idaman setiap pemain profesional Liga Malaysia yang mengerah keringat dengan aksi terbaik sepanjang musim lalu.
MFL menjemput seluruh penyokong bola sepak tanah air untuk bersama-sama menyaksikan malam penuh gemilang ini bermula dengan siaran langsung karpet merah di platform media sosial MFL sebelum majlis kemuncak. Majlis Penganugerahan Liga M Awards diterbitkan oleh Unit Hiburan TV dan Unit Sukan TV, RTM ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 8.30 malam di saluran Sukan+ dan RTMKlik.
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|