MFL UMUM SENARAI CALON FINALIS LIGA M AWARDS
Tirai penentuan Liga M Awards 2025-2026 semakin hampir apabila senarai akhir tiga finalis bagi setiap kategori kini dimuktamadkan menjelang malam kemuncak anugerah berprestij itu.
Daripada senarai awal 10 calon, hanya tiga nama bagi setiap kategori dipilih hasil undian daripada 13 ketua jurulatih, 13 ketua pasukan Liga Malaysia 2025-26 serta 13 wakil media sekali gus menjadikan pencalonan kali ini sebagai pengiktirafan terhadap prestasi paling konsisten sepanjang musim.
Melalui format baharu Liga M Awards, kesemua perlawanan rasmi dalam kalendar Liga Malaysia musim 2025-2026 diambil kira termasuk baki saingan Liga Super, perlawanan piala domestik serta Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang menjadi kemuncak musim.
Bagi kategori Penjaga Gol Terbaik menyaksikan pemenang trofi edisi lalu, Ahmad Syihan Hazmi (Johor Darul Ta’zim) kini bakal dicabar oleh Haziq Nadzli (Kuching City FC) dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Selangor FC) di mana ketiga-tiga penjaga gol ini telah membuktikan persembahan terbaik mereka menjaga gawang sepanjang musim 2025-26.
Untuk kategori Pertahanan Terbaik, Quentin Cheng (Selangor FC), Rodney Celvin Akwensivie (Kuching City FC) dan Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC) dipilih sebagai finalis selepas mempamerkan aksi cemerlang mengemudi benteng pasukan masing-masing.
Saingan Pemain Tengah Terbaik pula membabitkan Afiq Fazail (Johor Darul Ta’zim), Danial Amier Norhisham (Kuching City FC) dan Nooa Laine (Selangor FC) di mana pada edisi lalu kategori itu dimenangi oleh tonggak JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi.
Selain itu, kategori Penyerang Terbaik pula yang pernah dimenangi oleh Paulo Josue menyaksikan perebutan kali ini membabitkan Safawi Rasid (Kuala Lumpur City FC) yang cemerlang dengan 13 gol di pentas Liga Super akan bersaing hebat dengan Faisal Abdul Halim (Selangor FC) dan Ramadhan Saifullah Usman (Kuching City FC).
Dalam kategori Pemain Muda Terbaik, Aliff Izwan Yuslan (Selangor FC), Haziq Aiman Esa (Melaka FC) dan Haziq Kutty Abba (Penang FC) berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik dengan Aliff Izwan berjaya menjaringkan 2 gol secara keseluruhan dan Haziq Kutty dengan 1 gol manakala Haziq Aiman mencatat 3 aksi tanpa bolos selaku penjaga gol.
Aidil Sharin Sahak (Kuching City FC), Kim Pan-gon (Selangor FC) dan Xisco Munoz (Johor Darul Ta’zim) pula menjadi tiga finalis bagi kategori Jurulatih Terbaik selepas berjaya membimbing pasukan masing-masing mengharungi musim yang kompetitif dengan Aidil Sharin selaku juara bertahan bagi kategori itu pastinya ingin terus mempertahankan trofi selepas berjaya membawa kelab Kuching City ke pentas Asia buat kali pertama selaku naib juara Liga Super musim lalu.
Sementara itu, kategori Pemain Import Terbaik menyaksikan Bergson Da Silva (Johor Darul Ta’zim) dicalonkan sekali lagi selepas dia berjaya membawa trofi itu pada edisi lalu dan akan dicabar kali ini oleh Chrigor Moraes (Selangor FC) dan Petrus Shitembi (Kuching City FC) untuk melengkapkan senarai akhir.
Kini kesemua finalis hanya selangkah lagi untuk dinobatkan sebagai yang terbaik selain Pemain Paling Bernilai (MVP) yang akan diketahui dalam Liga M Awards musim 2025-2026 pada 12 Ogos ini.
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|