MFL UMUM KALENDAR LIGA MALAYSIA 2026-2027
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan kalendar Liga Malaysia 2026-2027 yang akan membuka tirai dengan Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 21 Ogos 2026.
Pertembungan juara bertahan Liga Super, JDT dan naib juara Liga Super, Kuching City FC bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu juga adalah perlawanan sulung Liga Super yang turut menawarkan mata bagi kedudukan liga.
Saingan perebutan kejuaraan Liga Super sehingga 23 Mei 2027 bakal melibatkan 12 kelab iaitu Johor Darul Ta'zim, Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC yang sebelum ini dikenali sebagai Imigresen FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, Sabah FC, DPMM FC, Melaka FC dan pendatang baharu dari Liga A1, Kelantan Red Warrior FC.
Bagi kejohanan Piala FA pula dijadual bermula pada 1-2 September 2026 selepas majlis undian pada 10 Ogos 2026 dengan perlawanan akhir akan berlangsung pada 16 Januari 2027.
Manakala kejohanan berprestij Piala Malaysia yang memasuki edisi ke-100 akan bermula pada 22-24 Januari 2027 dengan kemuncaknya pada 30 Mei 2027.
Undian Piala Malaysia dijangka berlangsung pada 31 Disember 2026 di mana akan melibatkan 12 kelab Liga Super dan empat kelab Liga A1, sama seperti kejohanan Piala FA.
Sementara saingan MFL Challenge Cup pula akan bermula dengan peringkat suku akhir pada 10-11 Februari 2027 dengan dua aksi perlawanan akhir pada 11 April 2027 dan 18 April 2027.
Ia bakal melibatkan Lapan kelab yang tidak layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia untuk bersaing merebut kejuaraan MFL Challenge Cup.
Seperti musim lalu, MFL kali ini turut mengeluarkan kalendar penuh bagi musim baharu 2026-2027 dengan perancangan penjadualan telah mengambil kira perkara-perkara berikut iaitu Kalendar FIFA 2026 – 2027, Pertandingan AFF Hyundai Cup 2026, Pertandingan AFC Champions League Elite (ACLE), Pertandingan AFC Champions League 2 (ACL2), ASEAN Club Championship (Shopee Cup), Pergerakan logistik dan operasi VAR, Kerja – kerja naik taraf beberapa venue perlawanan (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Stadium Negeri, Kuching, Stadium Bandaraya, Pulau Pinang & Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi), tempoh rehat dan perjalanan kelab, Hari Pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2026 – 2027 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Bagaimanapun kemungkinan pindaan jadual akan berlaku memandangkan sesi undian Kejohanan ACLE dan ACL2 oleh AFC bakal diadakan pada 18 Ogos 2026 dengan melibatkan penyertaan JDT dan Kuching City FC.
Bagi jadual melibatkan Kelantan Red Warrior FC pula, kelab itu tidak dapat beraksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu sepanjang Ramadan susulan ketetapan oleh Kerajaan Negeri.
Muat turun jadual Liga Super 2026-2027 dibawah:-
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2026/07/JADUAL-PERLAWANAN-LIGA-SUPER-2026-2027-LS1-LS22-KEMASKINI-20072026.pdf
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|