KEPUTUSAN FIB BERKAITAN PEMATUHAN SYARAT LESEN KEBANGSAAN DENGAN "SANCTION" BAGI MUSIM 2026-2027
Badan bebas First Instance Body (FIB) ingin memaklumkan bahawa penilaian terhadap pematuhan kelab-kelab yang sebelum ini diberikan Lesen Kebangsaan dengan "Sanction" telah selesai dilaksanakan.
Pada 26 Mei 2026, FIB telah mengumumkan untuk memberikan Lesen Kebangsaan dengan "Sanction" kepada empat (4) kelab iaitu Melaka FC, Star City FC (yang sebelum ini dikenali sebagai Imigresen FC), Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC dengan merujuk kepada Artikel 8.2, Peraturan Pelesenan Kelab MFL.
Keempat-empat kelab tersebut turut diberikan tempoh sehingga 15 Julai 2026 untuk mengemukakan maklumat tambahan kewangan bagi memenuhi keperluan Kriteria Kewangan dan Kriteria Infrastruktur.
Hasil penelitian dan semakan yang dijalankan, FIB mendapati bahawa Melaka FC, Star City FC dan Kuala Lumpur City FC telah memenuhi keperluan yang ditetapkan bagi tujuan penilaian Lesen Kebangsaan.
Walau bagaimanapun, Malaysian Football League (MFL) telah menerima surat rasmi daripada PDRM FC yang memaklumkan keputusan kelab untuk menarik diri daripada menyertai saingan Liga Super Malaysia musim 2026–2027.
Sehubungan dengan itu, FIB telah mengambil maklum keputusan PDRM FC untuk menarik diri daripada saingan Liga Super Malaysia musim 2026–2027.
Dengan keputusan tersebut, PDRM FC tidak akan mengambil bahagian dalam pertandingan Liga Super musim 2026–2027.
Semua keputusan FIB dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap maklumat dan dokumentasi yang diterima serta selaras dengan ketetapan yang digariskan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Kitaran 2025–2026.
Tuan Haji Sheikh Mohd Nasir Bin Sheikh Mohd Sharif
Pengerusi, First Instance Body MFL
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|