MESYUARAT KICK-OFF LIGA M MUSIM 2026-2027
Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Mesyuarat Kick-Off Liga M Musim 2026-2027 bersama Ketua Pegawai Eksekutif kelab-kelab Liga Malaysia pada Jumaat sebagai persediaan menjelang sepak mula Liga Malaysia.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Encik Mohd Shazli Shaik Mohd, wakil semua kelab Liga Malaysia serta dua wakil dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Encik Ravichandran Chappanimutu selaku Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengurus Perundangan, Encik Zainul Ariffin Zulkifli.
Ini merupakan sesi mesyuarat Kick-Off pertama selepas berakhirnya saingan Liga Malaysia musim 2025-2026 di mana ia bertujuan berkongsi perkembangan terkini serta menyelaras aspek penganjuran liga bagi musim baharu.
Antara perkara yang dibentangkan ialah berkenaan Kalendar Liga Malaysia musim 2026-2027, perkembangan terkini peraturan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) serta pembentangan daripada unit-unit MFL iaitu Komersial, Pertandingan, Media, Perlesenan Kelab dan juga Kewangan.
Selain itu, mesyuarat ini turut memperincikan pindaan dan penambahbaikan dalam Manual Liga Malaysia yang akan menjadi rujukan kepada semua kelab bertanding sepanjang musim 2026-2027 selain memberi ruang kepada wakil kelab untuk mendapatkan penjelasan dan berkongsi pandangan berhubung pelaksanaan peraturan serta prosedur menjelang musim baharu Liga Malaysia.
Sesi mesyuarat ini diharap dapat memastikan kelancaran pengurusan, operasi dan penganjuran liga selain dapat memperkukuhkan penyelarasan antara MFL dan kelab-kelab bertanding secara lebih teratur dan profesional.
See Translation

All
0
Similar Posts
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|
|
|
title
desc
status
|