NSFC BANYAK MENGAJAR SAYA - TAKUMI SASAKI
Tonggak import dari Jepun, Takumi Sasaki melihat masa depan yang sedang dibina di Negeri Sembilan FC sebagai sesuatu yang cukup meyakinkan untuknya terus kekal bersama kelab tersebut.
Ketika ramai pemain yang memilih destinasi baharu untuk mengembangkan lagi karier, Sasaki mengakui keputusan untuk terus kekal bukan mudah yang menyaksikan musim 2026-2027 bakal menjadi musim ketiga dia bersama skuad Jang.
“Jika ditanya sama ada keputusan ini mudah, jujurnya tidak sebab saya mengambil sedikit masa untuk memikirkannya.
“Setiap pemain mungkin ada pilih untuk berhijrah ke pasukan yang lebih besar dengan jurulatih yang ternama, tetapi pada akhirnya, rasa cinta saya terhadap pasukan ini mengatasi segala-galanya.
“Kelab ini mempunyai potensi yang besar. Faliq (Ketua Pegawai Eksektif) juga bekerja keras setiap hari demi perkembangan kelab ini termasuklah dengan pusat latihan baharu yang sedang dibina, saya percaya masa depan Negeri Sembilan sangat cerah selepas ini,” katanya.
Selepas dua musim bersama NSFC, Sasaki mengakui corak permainannya di Liga Malaysia juga telah banyak berubah berbanding sebelum ini di Jepun sekali gus telah membentuk dirinya sebagai pemain yang lebih matang dan kreatif di atas padang.
“Musim pertama, saya lebih fokus bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan karakter permainan saya bersama pemain lain, dan musim kedua saya dapat tengok kepentingan pasukan ini secara menyeluruh untuk berikan segalanya.
“Pengalaman pahit dan manis telah bantu saya menjadi pemain lebih matang dan harap dapat menampilkan keseimbangan lebih baik musim depan,” tambahnya.
Pada musim 2025-26, pemain berusia 28 tahun itu telah berjaya mencetak 3 gol di pentas Liga Super dengan 7 bantuan gol dalam semua pertandingan menyaksikan prestasinya itu lebih baik berbanding musim sebelumnya.
Terdahulu, Negeri Sembilan FC telah menamatkan saingan di pentas liga di kedudukan ketujuh selepas mengumpul 29 mata dalam 24 perlawanan secara keseluruhan.
See TranslationKetika ramai pemain yang memilih destinasi baharu untuk mengembangkan lagi karier, Sasaki mengakui keputusan untuk terus kekal bukan mudah yang menyaksikan musim 2026-2027 bakal menjadi musim ketiga dia bersama skuad Jang.
“Jika ditanya sama ada keputusan ini mudah, jujurnya tidak sebab saya mengambil sedikit masa untuk memikirkannya.
“Setiap pemain mungkin ada pilih untuk berhijrah ke pasukan yang lebih besar dengan jurulatih yang ternama, tetapi pada akhirnya, rasa cinta saya terhadap pasukan ini mengatasi segala-galanya.
“Kelab ini mempunyai potensi yang besar. Faliq (Ketua Pegawai Eksektif) juga bekerja keras setiap hari demi perkembangan kelab ini termasuklah dengan pusat latihan baharu yang sedang dibina, saya percaya masa depan Negeri Sembilan sangat cerah selepas ini,” katanya.
Selepas dua musim bersama NSFC, Sasaki mengakui corak permainannya di Liga Malaysia juga telah banyak berubah berbanding sebelum ini di Jepun sekali gus telah membentuk dirinya sebagai pemain yang lebih matang dan kreatif di atas padang.
“Musim pertama, saya lebih fokus bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan karakter permainan saya bersama pemain lain, dan musim kedua saya dapat tengok kepentingan pasukan ini secara menyeluruh untuk berikan segalanya.
“Pengalaman pahit dan manis telah bantu saya menjadi pemain lebih matang dan harap dapat menampilkan keseimbangan lebih baik musim depan,” tambahnya.
Pada musim 2025-26, pemain berusia 28 tahun itu telah berjaya mencetak 3 gol di pentas Liga Super dengan 7 bantuan gol dalam semua pertandingan menyaksikan prestasinya itu lebih baik berbanding musim sebelumnya.
Terdahulu, Negeri Sembilan FC telah menamatkan saingan di pentas liga di kedudukan ketujuh selepas mengumpul 29 mata dalam 24 perlawanan secara keseluruhan.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |