FIB UMUM KEPUTUSAN LESEN AFC DAN KEBANGSAAN BAGI KITARAN 2025-2026
Badan bebas, First Instance Body (FIB) hari ini mengumumkan keputusan rasmi bagi permohonan Lesen AFC dan Lesen Kebangsaan bagi kitaran the same pelesenan 2025–2026 yang melibatkan kelab-kelab Liga Super dan AFL A1.
Mesyuarat Jawatankuasa FIB Pelesenan Kelab Malaysian Football League (MFL) telah diadakan pada 25 Mei 2026 yang dipengerusikan oleh pemangku En. Hussaini Hussin bagi menggantikan ketiadaan Pengerusi FIB, Tuan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif yang sedang menunaikan ibadah Haji.
Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Ahli-Ahli Jawatankuasa FIB Pelesenan Kelab MFL iaitu En. Abu Hassan Ahmad serta Dato’ Lee Teck Hua yang hadir secara atas talian.
Proses penilaian telah dilaksanakan berdasarkan keseluruhan dokumen permohonan yang telah dikemukakan oleh kelab dengan mengambil kira tahap pematuhan terhadap Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2025–2026 (MFL CLR).
Penilaian ini merangkumi enam (6) kriteria utama iaitu Sukan, Infrastruktur, Personel & Pentadbiran, Perundangan, Kewangan serta Perniagaan.
Lesen yang diluluskan adalah terhad kepada satu (1) musim pertandingan sahaja untuk pertandingan AFC dan MFL Liga Super, iaitu bagi musim 2026–2027.
Selaras dengan sub-kriteria kewangan F.03 dan F.04 di bawah MFL CLR, tarikh akhir bagi pengisytiharan tunggakan kewangan adalah pada 31 Disember 2025.
Hasil penilaian Jawatankuasa FIB Pelesenan Kelab MFL memutuskan bahawa tujuh kelab Liga Super berjaya mendapatkan Lesen AFC dan Kebangsaan iaitu Johor Darul Ta’zim FC, Kuching City FC, Selangor FC, Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC dan Sabah FC.
Empat kelab pula diberikan Lesen Kebangsaan dengan ‘sanction’ adalah Imigresen FC, Melaka FC, Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC mengikut artikel 8.2 MFL CLR.
Keempat-empat kelab tersebut dikehendaki mengemukakan maklumat tambahan kewangan bagi memenuhi keperluan Kriteria Kewangan dan Kriteria Infrastruktur selewat-lewatnya pada 15 Julai 2026. Kegagalan berbuat demikian maka perkara tersebut akan dirujuk semula kepada pihak FIB untuk tindakan selanjutnya.
Selain itu, Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC dikenakan denda sebanyak RM 45,000 di bawah Artikel 8 (f) MFL CLR.
Berdasarkan Artikel 3.2 (a) dan Artikel 8, untuk pemberian Lesen Kebangsaan sahaja, ketidakpatuhan kepada Kriteria Gred A dan B, pihak FIB boleh memberikan Lesen Kebangsaan dengan “Sanction”.
FIB juga mengesahkan bahawa Kelantan The Real Warriors FC tidak diberikan Lesen Kebangsaan kerana permohonan yang dikemukakan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Peraturan Pelesenan MFL.
Sementara itu, empat kelab daripada AFL A1 iaitu Kelantan Red Warrior FC, UM Damansara United FC, Armed Forces FC dan Bunga Raya FC berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan Luar Biasa dengan merujuk kepada Artikel 15 untuk Kitaran Pelesenan Kelab MFL 2025 - 2026.
FIB akan terus menjalankan pemantauan berkala terhadap semua kelab yang menerima lesen berserta “sanction” bagi memastikan pematuhan penuh terhadap semua keperluan dalam tempoh yang ditetapkan.
FIB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua kelab yang telah berjaya memperoleh lesen bagi kitaran pelesenan ini. Dalam masa yang sama, FIB turut merakamkan penghargaan kepada semua kelab yang terlibat atas kerjasama sepanjang proses pelesenan serta usaha berterusan dalam mematuhi keperluan dan garis panduan yang ditetapkan di bawah Peraturan Pelesenan Kelab MFL.
En Hussaini Hussin
Pemangku Pengerusi, First Instance Body (FIB)
Pelesenan Kelab MFL
See TranslationMesyuarat Jawatankuasa FIB Pelesenan Kelab Malaysian Football League (MFL) telah diadakan pada 25 Mei 2026 yang dipengerusikan oleh pemangku En. Hussaini Hussin bagi menggantikan ketiadaan Pengerusi FIB, Tuan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif yang sedang menunaikan ibadah Haji.
Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Ahli-Ahli Jawatankuasa FIB Pelesenan Kelab MFL iaitu En. Abu Hassan Ahmad serta Dato’ Lee Teck Hua yang hadir secara atas talian.
Proses penilaian telah dilaksanakan berdasarkan keseluruhan dokumen permohonan yang telah dikemukakan oleh kelab dengan mengambil kira tahap pematuhan terhadap Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2025–2026 (MFL CLR).
Penilaian ini merangkumi enam (6) kriteria utama iaitu Sukan, Infrastruktur, Personel & Pentadbiran, Perundangan, Kewangan serta Perniagaan.
Lesen yang diluluskan adalah terhad kepada satu (1) musim pertandingan sahaja untuk pertandingan AFC dan MFL Liga Super, iaitu bagi musim 2026–2027.
Selaras dengan sub-kriteria kewangan F.03 dan F.04 di bawah MFL CLR, tarikh akhir bagi pengisytiharan tunggakan kewangan adalah pada 31 Disember 2025.
Hasil penilaian Jawatankuasa FIB Pelesenan Kelab MFL memutuskan bahawa tujuh kelab Liga Super berjaya mendapatkan Lesen AFC dan Kebangsaan iaitu Johor Darul Ta’zim FC, Kuching City FC, Selangor FC, Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC dan Sabah FC.
Empat kelab pula diberikan Lesen Kebangsaan dengan ‘sanction’ adalah Imigresen FC, Melaka FC, Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC mengikut artikel 8.2 MFL CLR.
Keempat-empat kelab tersebut dikehendaki mengemukakan maklumat tambahan kewangan bagi memenuhi keperluan Kriteria Kewangan dan Kriteria Infrastruktur selewat-lewatnya pada 15 Julai 2026. Kegagalan berbuat demikian maka perkara tersebut akan dirujuk semula kepada pihak FIB untuk tindakan selanjutnya.
Selain itu, Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC dikenakan denda sebanyak RM 45,000 di bawah Artikel 8 (f) MFL CLR.
Berdasarkan Artikel 3.2 (a) dan Artikel 8, untuk pemberian Lesen Kebangsaan sahaja, ketidakpatuhan kepada Kriteria Gred A dan B, pihak FIB boleh memberikan Lesen Kebangsaan dengan “Sanction”.
FIB juga mengesahkan bahawa Kelantan The Real Warriors FC tidak diberikan Lesen Kebangsaan kerana permohonan yang dikemukakan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Peraturan Pelesenan MFL.
Sementara itu, empat kelab daripada AFL A1 iaitu Kelantan Red Warrior FC, UM Damansara United FC, Armed Forces FC dan Bunga Raya FC berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan Luar Biasa dengan merujuk kepada Artikel 15 untuk Kitaran Pelesenan Kelab MFL 2025 - 2026.
FIB akan terus menjalankan pemantauan berkala terhadap semua kelab yang menerima lesen berserta “sanction” bagi memastikan pematuhan penuh terhadap semua keperluan dalam tempoh yang ditetapkan.
FIB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua kelab yang telah berjaya memperoleh lesen bagi kitaran pelesenan ini. Dalam masa yang sama, FIB turut merakamkan penghargaan kepada semua kelab yang terlibat atas kerjasama sepanjang proses pelesenan serta usaha berterusan dalam mematuhi keperluan dan garis panduan yang ditetapkan di bawah Peraturan Pelesenan Kelab MFL.
En Hussaini Hussin
Pemangku Pengerusi, First Instance Body (FIB)
Pelesenan Kelab MFL
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |