ALLEE PUTRA KERJA KERAS DEMI KELANTAN FC
Pemain muda baharu Kelantan FC, Allee Putra Azril mengakui bukan mudah untuk menembusi kesebelasan utama pasukan selain perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan minit permainan lebih lama.
Dapat beraksi selama 27 minit ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pusingan 16 Piala Malaysia pada Jumaat lalu sudah cukup menggembirakan pemain berusia 18 tahun ini yang kali pertama berentap di pentas Liga Malaysia.
Selepas dua musim bersama Akademi Malaga City di Sepanyol, Allee tidak mahu melepaskan peluang terbaik untuk menimba pengalaman bersama kelab ini dan tetap berbangga dapat beraksi dengan pasukan negeri kelahirannya itu.
Misinya kini adalah untuk membuktikan kesungguhan dan kemampuan maksimum di sesi latihan untuk memperoleh minit permainan lebih lama dalam perlawanan akan datang.
“Alhamdulillah pertama sekali saya amat bersyukur dapat membuat debut bersama Kelantan FC walaupun hanya bermain selama 27 minit dan ia adalah satu pengalaman amat berharga dapat berdepan gergasi bola sepak tanah air (JDT).
“Kalau nak bandingkan dengan corak permainan di sana (Sepanyol) dan di sini memang tidak sama tetapi apa yang saya nampak kualiti bola sepak di tanah air ini semakin baik terutamanya daripada segi intensiti perlawanan.
“Mengenai kesebelasan utama, bergantung kepada barisan kejurulatihan tetapi apa yang mampu saya lakukan hanyalah memberikan 100 peratus jiwa raga kepada pasukan ini dan harapan saya untuk bangkit menjunjung kembali maruah Kelantan FC”, jelasnya.
Misi seterusnya adalah aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad ke IV pada Rabu.
Jika diberi peluang, Allee berharap dapat membantu pasukan daripada segi jaringan atau hantaran bola sebanyak yang mungkin untuk meraih keputusan yang positif selepas ini.
"Kita tahu menentang Negeri Sembilan bukan mudah dan insya-Allah jika saya berada dalam kesebelasan utama, saya akan memberikan yang terbaik kepada pasukan.
“Tetapi apa-apa pun tidak kira di kesebelasan utama atau pemain gantian, saya berharap dapat membantu rakan sepasukan dalam misi untuk meraih semula kemenangan”, katanya.
Kelantan FC kini berada di tangga tercorot Liga Super dengan lima mata setakat ini selepas 18 perlawanan.
See TranslationDapat beraksi selama 27 minit ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pusingan 16 Piala Malaysia pada Jumaat lalu sudah cukup menggembirakan pemain berusia 18 tahun ini yang kali pertama berentap di pentas Liga Malaysia.
Selepas dua musim bersama Akademi Malaga City di Sepanyol, Allee tidak mahu melepaskan peluang terbaik untuk menimba pengalaman bersama kelab ini dan tetap berbangga dapat beraksi dengan pasukan negeri kelahirannya itu.
Misinya kini adalah untuk membuktikan kesungguhan dan kemampuan maksimum di sesi latihan untuk memperoleh minit permainan lebih lama dalam perlawanan akan datang.
“Alhamdulillah pertama sekali saya amat bersyukur dapat membuat debut bersama Kelantan FC walaupun hanya bermain selama 27 minit dan ia adalah satu pengalaman amat berharga dapat berdepan gergasi bola sepak tanah air (JDT).
“Kalau nak bandingkan dengan corak permainan di sana (Sepanyol) dan di sini memang tidak sama tetapi apa yang saya nampak kualiti bola sepak di tanah air ini semakin baik terutamanya daripada segi intensiti perlawanan.
“Mengenai kesebelasan utama, bergantung kepada barisan kejurulatihan tetapi apa yang mampu saya lakukan hanyalah memberikan 100 peratus jiwa raga kepada pasukan ini dan harapan saya untuk bangkit menjunjung kembali maruah Kelantan FC”, jelasnya.
Misi seterusnya adalah aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad ke IV pada Rabu.
Jika diberi peluang, Allee berharap dapat membantu pasukan daripada segi jaringan atau hantaran bola sebanyak yang mungkin untuk meraih keputusan yang positif selepas ini.
"Kita tahu menentang Negeri Sembilan bukan mudah dan insya-Allah jika saya berada dalam kesebelasan utama, saya akan memberikan yang terbaik kepada pasukan.
“Tetapi apa-apa pun tidak kira di kesebelasan utama atau pemain gantian, saya berharap dapat membantu rakan sepasukan dalam misi untuk meraih semula kemenangan”, katanya.
Kelantan FC kini berada di tangga tercorot Liga Super dengan lima mata setakat ini selepas 18 perlawanan.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |