MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA PENGELOLA PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2025-2026
Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025-2026 yang dipengerusikan oleh Presidennya, Dato’ Ab Ghani Hassan di TM Stadium Nasional hari ini.
Kemuncak final yang bakal berlangsung pada 23 Mei 2026 di TM Stadium Nasional itu bakal mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Kuching City FC jam 9.00 malam.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras semua keperluan operasi pengelolaan edisi ke-99 kejohanan itu yang menyaksikan pertembungan kali pertama antara JDT dan Kuching City FC di pentas akhir ini
Sesi pembentangan itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, En. Mohd Shazli Shaik Mohd dalam memberikan maklumat dan penjelasan kepada semua wakil agensi terlibat.
Mesyuarat pertama itu dihadiri wakil agensi-agensi yang terlibat antaranya Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Ticket Hotline International Sdn Bhd, Prasarana Malaysia Berhad, Astro, Sports Media Distributor, ParkSafe Sdn Bhd, Unit Perubatan & Sains Sukan FAM, Unit Pengadil FAM dan Millenium Patriot Security Services (M) Sdn Bhd.
Penerangan secara jelas dan terperinci mengenai pengurusan perlawanan akhir diberikan termasuk daripada aspek operasi dan teknikal, keselamatan, aliran trafik, promosi dan pemasaran, penyiaran, media, pegawai perlawanan, pengangkutan dan penjualan tiket secara dalam talian.
Segala maklumat terkini berhubung Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025-2026 akan dikongsikan kepada semua penyokong oleh MFL, pasukan finalis dan agensi-agensi terlibat dalam masa terdekat.
See TranslationKemuncak final yang bakal berlangsung pada 23 Mei 2026 di TM Stadium Nasional itu bakal mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Kuching City FC jam 9.00 malam.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras semua keperluan operasi pengelolaan edisi ke-99 kejohanan itu yang menyaksikan pertembungan kali pertama antara JDT dan Kuching City FC di pentas akhir ini
Sesi pembentangan itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, En. Mohd Shazli Shaik Mohd dalam memberikan maklumat dan penjelasan kepada semua wakil agensi terlibat.
Mesyuarat pertama itu dihadiri wakil agensi-agensi yang terlibat antaranya Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Ticket Hotline International Sdn Bhd, Prasarana Malaysia Berhad, Astro, Sports Media Distributor, ParkSafe Sdn Bhd, Unit Perubatan & Sains Sukan FAM, Unit Pengadil FAM dan Millenium Patriot Security Services (M) Sdn Bhd.
Penerangan secara jelas dan terperinci mengenai pengurusan perlawanan akhir diberikan termasuk daripada aspek operasi dan teknikal, keselamatan, aliran trafik, promosi dan pemasaran, penyiaran, media, pegawai perlawanan, pengangkutan dan penjualan tiket secara dalam talian.
Segala maklumat terkini berhubung Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025-2026 akan dikongsikan kepada semua penyokong oleh MFL, pasukan finalis dan agensi-agensi terlibat dalam masa terdekat.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |