KONAMI EFOOTBALL™ UMUM KERJASAMA STRATEGIK DENGAN MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE
Majlis Pelancaran Kerjasama antara Malaysian Football League (MFL) dan KONAMI menandakan satu detik bersejarah apabila Liga Malaysia kini secara rasmi diperkenalkan ke dalam platform eFootball™. Kolaborasi strategik ini membuka lembaran baharu dalam usaha membawa bola sepak tempatan ke pentas digital global.
Melalui kerjasama ini, kelab-kelab Liga Malaysia kini menjadi sebahagian daripada ekosistem permainan bola sepak antarabangsa, sekali gus membolehkan peminat berinteraksi dengan pasukan kegemaran mereka dalam dunia maya. Inisiatif ini memberi dimensi baharu kepada pengalaman peminat, melangkaui batasan stadium dan siaran tradisional.
Pelaksanaan ini hadir seiring dengan pelancaran eFootball™ versi 5.4, yang menawarkan pengalaman permainan lebih realistik dengan jersi autentik, senarai pemain terkini serta kualiti permainan berketepatan tinggi. Buat pertama kalinya, peminat berpeluang mengemudi pasukan Liga Malaysia ke arah kejayaan dalam platform digital global.
Sebanyak 13 kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia turut ditampilkan, termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC, Kuala Lumpur City FC, Negeri Sembilan FC, PDRM FC, Kuching City FC, Kelantan The Real Warriors FC, Penang FC, Imigresen FC, Melaka FC dan DPMM FC, sekali gus mencerminkan kekuatan dan kepelbagaian liga tempatan.
Selain itu, pelaksanaan server khas Malaysia dijangka meningkatkan pengalaman permainan dalam talian yang lebih lancar dan kompetitif, selari dengan perkembangan pesat komuniti eFootball™ di negara ini. Inisiatif ini turut memperkukuh pembangunan ekosistem esports tempatan melalui penganjuran eFootball™ Championship 2026 Malaysia Cup.
Kerjasama ini bukan sahaja memperluaskan capaian Liga Malaysia ke peringkat antarabangsa, malah menjadi platform penting dalam menarik generasi muda yang semakin cenderung kepada dunia digital dan permainan video, sekali gus memastikan masa depan bola sepak tempatan terus berkembang dan relevan.
Majlis pelancaran ini dihadiri oleh Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan, Ahli Lembaga Pengarah MFL, Encik Iswandi Ali Hassan dan Tuan Haji Mustaza Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, En Mohd Shazli Shaik Mohd, General Producer Konami Digital Entertainment, Encik Junichi Taya, Pengurus Kanan Pemasaran Perniagaan Konami Digital Entertainment, Encik Hajime Matsumaru, Pengarah Urusan & Pengasas Prime Sports International, Encik Yong-chul Yun, Presiden Malaysia eSports Federation, Encik Muhd Naim Al-Amin, Setiausaha Agung Malaysia eSports Federation, Encik Syed Fakrurozzi Syed Agil serta Duta Konami eFootball Malaysia yang juga bekas pemain bola sepak Malaysia, Encik Safee Sali.
Untuk Makluman lanjut
[Bahasa Melayu] https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2026/04/KONAMI_Press-Release-Malay.docx.pdf
[Bahasa Inggeris] https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2026/04/KONAMI_Press-Releaseeng.docx.pdf
See TranslationMelalui kerjasama ini, kelab-kelab Liga Malaysia kini menjadi sebahagian daripada ekosistem permainan bola sepak antarabangsa, sekali gus membolehkan peminat berinteraksi dengan pasukan kegemaran mereka dalam dunia maya. Inisiatif ini memberi dimensi baharu kepada pengalaman peminat, melangkaui batasan stadium dan siaran tradisional.
Pelaksanaan ini hadir seiring dengan pelancaran eFootball™ versi 5.4, yang menawarkan pengalaman permainan lebih realistik dengan jersi autentik, senarai pemain terkini serta kualiti permainan berketepatan tinggi. Buat pertama kalinya, peminat berpeluang mengemudi pasukan Liga Malaysia ke arah kejayaan dalam platform digital global.
Sebanyak 13 kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia turut ditampilkan, termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC, Kuala Lumpur City FC, Negeri Sembilan FC, PDRM FC, Kuching City FC, Kelantan The Real Warriors FC, Penang FC, Imigresen FC, Melaka FC dan DPMM FC, sekali gus mencerminkan kekuatan dan kepelbagaian liga tempatan.
Selain itu, pelaksanaan server khas Malaysia dijangka meningkatkan pengalaman permainan dalam talian yang lebih lancar dan kompetitif, selari dengan perkembangan pesat komuniti eFootball™ di negara ini. Inisiatif ini turut memperkukuh pembangunan ekosistem esports tempatan melalui penganjuran eFootball™ Championship 2026 Malaysia Cup.
Kerjasama ini bukan sahaja memperluaskan capaian Liga Malaysia ke peringkat antarabangsa, malah menjadi platform penting dalam menarik generasi muda yang semakin cenderung kepada dunia digital dan permainan video, sekali gus memastikan masa depan bola sepak tempatan terus berkembang dan relevan.
Majlis pelancaran ini dihadiri oleh Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan, Ahli Lembaga Pengarah MFL, Encik Iswandi Ali Hassan dan Tuan Haji Mustaza Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, En Mohd Shazli Shaik Mohd, General Producer Konami Digital Entertainment, Encik Junichi Taya, Pengurus Kanan Pemasaran Perniagaan Konami Digital Entertainment, Encik Hajime Matsumaru, Pengarah Urusan & Pengasas Prime Sports International, Encik Yong-chul Yun, Presiden Malaysia eSports Federation, Encik Muhd Naim Al-Amin, Setiausaha Agung Malaysia eSports Federation, Encik Syed Fakrurozzi Syed Agil serta Duta Konami eFootball Malaysia yang juga bekas pemain bola sepak Malaysia, Encik Safee Sali.
Untuk Makluman lanjut
[Bahasa Melayu] https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2026/04/KONAMI_Press-Release-Malay.docx.pdf
[Bahasa Inggeris] https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2026/04/KONAMI_Press-Releaseeng.docx.pdf
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |