KEPUTUSAN AHLI LEMBAGA PENGARAH MFL BERHUBUNG INSIDEN PERLAWANAN PENANG FC DAN KUCHING CITY FC
Malaysian Football League (MFL) telah meneliti secara menyeluruh berhubung insiden yang berlaku dalam perlawanan Liga Super antara Penang FC dan Kuching City FC di Stadium Bandaraya pada 15 Mac 2026.
Laporan lengkap daripada kedua-dua pasukan, pegawai perlawanan, Komisioner Perlawanan (MC), Koordinator Perlawanan (GC), Pegawai Keempat (P4) telah diterima dan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MFL hari ini.
Hasil siasatan mendapati bahawa berlaku kesilapan teknikal dalam penyediaan ‘Team List’ oleh Komisioner Perlawanan bagi perlawanan itu di mana pemain Kuching City FC, Scott Philip Woods (Jersi No.5), tidak ditandakan dalam ‘Team List’ walaupun telah didaftarkan dalam ‘Selection List’ sebagai pemain simpanan oleh Kuching City FC.
Daripada laporan yang diterima, Ahli Lembaga Pengarah MFL juga mendapati MC, GC dan P4 gagal menjalankan Prosedur Operasi Standard (SOP) pemeriksaan pemain di dalam bilik persalinan pemain mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Selain itu, pertukaran pemain pada minit 90+6 telah dibenarkan oleh GC dan P4 tanpa semakan menyeluruh terhadap ‘Team List’, sekali gus menyebabkan pemain yang tidak tersenarai secara rasmi dalam ‘Team List’ telah diturunkan.
Ahli Lembaga Pengarah MFL mengesahkan terdapat kegagalan pematuhan terhadap Peraturan Organisasi Teknikal Perlawanan (OTP) Liga Malaysia 2025–2026 di mana; MC telah melakukan kesilapan dalam penyediaan Team List, GC dan P4 gagal melaksanakan semakan yang sewajarnya sebelum dan semasa perlawanan manakala pihak kelab juga tidak meneliti ‘Team List’ secara menyeluruh sebelum mengesahkan dokumen rasmi tersebut.
Sehubungan dengan itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan dengan Kuching City FC dikenakan Denda RM30,000 dan amaran keras atas kecuaian dalam memastikan ketepatan maklumat ‘Team List’ perlawanan itu.
Manakala keputusan perlawanan Penang FC 0-1 Kuching City FC dikekalkan.
Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman gantung daripada menjalankan tugas selama 12 bulan terhadap MC dengan enam bulan terakhir akan melalui fasa pemulihan manakala GC pula digantung daripada menjalankan tugas selama enam bulan dan bagi tindakan susulan ke atas P4 perlawanan tersebut adalah tertakluk kepada keputusan FAM.
Untuk rekod, kes pelanggaran OTP yang sama berlaku melibatkan Kelantan FC menentang Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Premier pada 27 Ogos 2021 di mana pasukan tuan rumah Kelantan FC telah menurunkan pemain yang tidak sepatutnya berada di atas padang dengan membuat pertukaran pemain melebihi 3 kali peluang yang telah ditetapkan semasa perlawanan.
Keputusan kemenangan 2-1 Kelantan FC dikekalkan namun kelab itu dikenakan denda RM30,000 manakala MC dan GC digantung perlawanan selama enam bulan dengan P4 pula dikenakan tindakan oleh FAM.
Satu lagi insiden dalam saingan Piala MFL di antara Penang FC II dan Terengganu FC II pada 5 Oktober 2024 di mana pada minit- 70, pemain yang tiada dalam ‘Team List’ telah dibawa masuk oleh Penang FC II bagaimanapun keputusan perlawanan kekal 2-2 namun MC dan GC digantung perlawanan selama enam bulan manakala P4 pula dikenakan tindakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
MFL ingin menegaskan bahawa semua pihak termasuk pegawai perlawanan dan kelab bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan setiap prosedur pertandingan dipatuhi, khususnya dalam aspek teknikal seperti penyediaan dan pengesahan Team List.
Sebarang kecuaian yang boleh menjejaskan integriti pertandingan tidak akan dikompromi dan tindakan tegas akan terus diambil bagi memastikan standard profesional Liga Malaysia sentiasa terpelihara.
See TranslationLaporan lengkap daripada kedua-dua pasukan, pegawai perlawanan, Komisioner Perlawanan (MC), Koordinator Perlawanan (GC), Pegawai Keempat (P4) telah diterima dan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MFL hari ini.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |