KENYATAAN MFL BERHUBUNG STATUS PENDAFTARAN PEMAIN WARISAN JDT DAN KUCHING CITY FC
Malaysian Football League (MFL) mengesahkan bahawa pendaftaran tiga pemain warisan daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan seorang pemain Kuching City FC, Gabriel Palmero sebagai pemain tempatan adalah mengikut Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2025-2026.
Merujuk kepada Manual Liga Malaysia Edisi 2025-2026, di bawah 01 Peraturan Pertandingan, Artikel 3: Sistem Pendaftaran Dan Perpindahan Pegawai Dan Pemain; 3.3 Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak FAM MYPAS (FIFA CONNECT); Perkara C, Pemain Tempatan Dan Asing iaitu mewajibkan
i. Salinan kad pengenalan berwarna ATAU salinan passport berwarna.
Perkara ini turut dijelaskan menerusi surat perkeliling kepada semua kelab Liga Malaysia bertarikh 12 Jun 2025, perkara 8.2 menyatakan dokumen-dokumen yang wajib dikemaskini dan dimuatnaik dalam format pdf untuk proses kelulusan bagi a) Pemain Tempatan Dan Asing:

Jelas empat pemain ini telah melalui proses pendaftaran mengikut peraturan pertandingan Liga Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan Liga Malaysia 2025-2026.
Justeru MFL mengesahkan tiada pelanggaran peraturan dilakukan dalam pendaftaran Figueiredo, Irazabal, Hevel dan Palmero oleh kelab mereka pada musim ini.
Bagaimanapun empat pemain berkenaan masih perlu menjalani penggantungan selama 12 bulan dalam perlawanan rasmi seperti yang telah diputuskan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) baru-baru ini.
Muat Turun untuk versi Bahasa Inggeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2026/03/MFL-STATEMENT-ON-THE-REGISTRATION-STATUS-OF-HERITAGE-PLAYERS-FROM-JDT-AND-KUCHING-CITY-FC-IN-THE-2025–2026-MALAYSIA-LEAGUE.pdf
See TranslationMerujuk kepada Manual Liga Malaysia Edisi 2025-2026, di bawah 01 Peraturan Pertandingan, Artikel 3: Sistem Pendaftaran Dan Perpindahan Pegawai Dan Pemain; 3.3 Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak FAM MYPAS (FIFA CONNECT); Perkara C, Pemain Tempatan Dan Asing iaitu mewajibkan
i. Salinan kad pengenalan berwarna ATAU salinan passport berwarna.
Perkara ini turut dijelaskan menerusi surat perkeliling kepada semua kelab Liga Malaysia bertarikh 12 Jun 2025, perkara 8.2 menyatakan dokumen-dokumen yang wajib dikemaskini dan dimuatnaik dalam format pdf untuk proses kelulusan bagi a) Pemain Tempatan Dan Asing:
i. Salinan kad pengenalan berwarna ATAU salinan passport berwarna.
Jelas empat pemain ini telah melalui proses pendaftaran mengikut peraturan pertandingan Liga Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan Liga Malaysia 2025-2026.
Justeru MFL mengesahkan tiada pelanggaran peraturan dilakukan dalam pendaftaran Figueiredo, Irazabal, Hevel dan Palmero oleh kelab mereka pada musim ini.
Bagaimanapun empat pemain berkenaan masih perlu menjalani penggantungan selama 12 bulan dalam perlawanan rasmi seperti yang telah diputuskan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) baru-baru ini.
Muat Turun untuk versi Bahasa Inggeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2026/03/MFL-STATEMENT-ON-THE-REGISTRATION-STATUS-OF-HERITAGE-PLAYERS-FROM-JDT-AND-KUCHING-CITY-FC-IN-THE-2025–2026-MALAYSIA-LEAGUE.pdf
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |