KEMASKINI JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2025-2026
Malaysian Football League telah mengemaskini jadual perlawanan Liga Super 2025-2026 yang melibatkan beberapa perlawanan. Pindaan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan yang terlibat.
i) Venue Baharu Perlawanan Melibatkan Imigresen FC Selaku Pasukan Tuan Rumah (PTR)
Venue Asal: Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Venue Baharu: Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar
Pindaan venue ini dibuat atas permohonan Imigresen FC dan telah mendapat kelulusan MFL selepas pemeriksaan venue dijalankan pada 4 Februari 2026, berikutan venue asal tidak dapat digunakan bagi perlawanan sebelah malam.
Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar akan berfungsi sebagai venue pasukan tuan rumah (PTR) Imigresen FC berkuat kuasa serta-merta bagi baki perlawanan Liga Malaysia 2025–2026.
ii) Venue Baharu Perlawanan Melibatkan Kelantan The Real Warriors FC Selaku Pasukan Tuan Rumah (PTR)
Venue Asal: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bahru
Venue Baharu: Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Pindaan venue ini adalah kerana Warta Negeri Kelantan yang telah menetapkan tiada aktiviti sukan dan hiburan dibenarkan di negeri Kelantan sepanjang bulan Ramadan.
iii) Pindaan Tarikh Perlawanan
Imigresen FC lwn Kuching City FC
Tarikh Asal: 1 Mac 2026
Tarikh Baharu: TBC
Kemaskini tarikh baharu bagi perlawanan ini akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
iv) Pindaan Tarikh Perlawanan
Selangor FC lwn Imigresen FC
Tarikh Asal: 18 Mac 2026
Tarikh Baharu: 8 Mac 2026
Pindaan ini dimohon oleh Selangor FC disebabkan tarikh asal terlalu hampir dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Selangor FC tidak terlibat dengan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL2).
v) Pengesahan Venue & Waktu Sepak Mula Perlawanan
DPMM FC lwn Johor Darul Ta'zim
Venue : Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas
Waktu Sepak Mula Asal: 9:15 malam
Waktu Sepak Mula Baharu: 9:30 malam
Muat turun jadual Liga Super dalam bentuk PDF di bawah:-
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2026/02/JADUAL-PERTANDINGAN-LIGA-SUPER-2025-2026-KEMASKINI-19022026.pdf
See Translationi) Venue Baharu Perlawanan Melibatkan Imigresen FC Selaku Pasukan Tuan Rumah (PTR)

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |