PENANG FC MAHU TERUSKAN MOMENTUM KEMENANGAN DI LIGA SUPER
Tonggak Penang FC, Dylan Wenzel-Halls mahu pasukan segera melupakan kekalahan di pentas Piala Malaysia untuk kembali bangkit melebarkan rekod kemenangan di Liga Super.
Bakal menentang Kelantan The Real Warriors Sabtu ini, Wenzel-Halls menyifatkan dia dan rakan sepasukan semakin memperoleh momentum terbaik selepas meraih tiga kemenangan berterusan dalam perlawanan Liga Super terdahulu.
Meskipun Kelantan TRW ketika ini di tangga ketiga tercorot, pemain dari Australia itu menganggap kelab tersebut sering menampilkan aksi lebih berbeza terutamanya apabila bermain di laman sendiri.
Justeru, Penang tidak boleh lagi tercicir mata untuk memastikan kemenangan berterusan dapat diraih apatah lagi selepas mereka berputih mata tewas di pusingan 16 Piala Malaysia.
“Kita ada momentum yang lebih baik di Liga Super dan memulakan tahun 2026 dengan cemerlang, jadi kami harap prestasi ini dapat diteruskan untuk aksi-aksi akan datang sebab kita memang meletakkan 100 peratus kerja keras dalam latihan untuk perubahan ini.
“Sudah tentu kecewa apabila tak layak ke suku akhir Piala Malaysia, tapi kita perlu melupakan aksi itu dan akan lebih fokus untuk aksi liga dan juga Challenge Cup.
“Jadi, kita perlu lawan sehabis baik dengan Kelantan ini sebab mereka pun ada pemain yang berkualiti dan secara peribadi saya ada tengok sendiri perlawanan mereka.
“Jurulatih mereka (Akmal Rizal) pun kita memang kenal sangat sebab beliau pernah dengan Penang dan apa pun, kita akan cuba untuk menguasai perlawanan dan beri kemenangan kepada penyokong, Sabtu ini”, katanya.
Wenzel-Halls ketika ini antara nadi utama pasukan selepas turut membantu Penang menerusi jaringannya dan telah mencatat 7 gol secara keseluruhan untuk 15 perlawanan setakat ini.
See TranslationBakal menentang Kelantan The Real Warriors Sabtu ini, Wenzel-Halls menyifatkan dia dan rakan sepasukan semakin memperoleh momentum terbaik selepas meraih tiga kemenangan berterusan dalam perlawanan Liga Super terdahulu.
Meskipun Kelantan TRW ketika ini di tangga ketiga tercorot, pemain dari Australia itu menganggap kelab tersebut sering menampilkan aksi lebih berbeza terutamanya apabila bermain di laman sendiri.
Justeru, Penang tidak boleh lagi tercicir mata untuk memastikan kemenangan berterusan dapat diraih apatah lagi selepas mereka berputih mata tewas di pusingan 16 Piala Malaysia.
“Kita ada momentum yang lebih baik di Liga Super dan memulakan tahun 2026 dengan cemerlang, jadi kami harap prestasi ini dapat diteruskan untuk aksi-aksi akan datang sebab kita memang meletakkan 100 peratus kerja keras dalam latihan untuk perubahan ini.
“Sudah tentu kecewa apabila tak layak ke suku akhir Piala Malaysia, tapi kita perlu melupakan aksi itu dan akan lebih fokus untuk aksi liga dan juga Challenge Cup.
“Jadi, kita perlu lawan sehabis baik dengan Kelantan ini sebab mereka pun ada pemain yang berkualiti dan secara peribadi saya ada tengok sendiri perlawanan mereka.
“Jurulatih mereka (Akmal Rizal) pun kita memang kenal sangat sebab beliau pernah dengan Penang dan apa pun, kita akan cuba untuk menguasai perlawanan dan beri kemenangan kepada penyokong, Sabtu ini”, katanya.
Wenzel-Halls ketika ini antara nadi utama pasukan selepas turut membantu Penang menerusi jaringannya dan telah mencatat 7 gol secara keseluruhan untuk 15 perlawanan setakat ini.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |