🏆 UNDIAN PIALA MALAYSIA MELIBATKAN 16 PASUKAN
16 kelab akan berentap bagi merebut kejuaraan Piala Malaysia 2025–2026 termasuk dengan penampilan tiga kelab daripada Liga A1 Semi Pro.
Seperti musim lalu, kejohanan berprestij ini akan bermula dari pusingan 16 terbaik di mana tiga kelab yang menamatkan pusingan pertama Liga A1 Semi Pro 2025–2026 di kedudukan tiga teratas, iaitu Perak FA, UM-Damansara United dan Kelantan Red Warrior FC diberikan slot untuk bertanding kali ini.
Untuk makluman, Johor Darul Ta'zim (JDT) II dan Selangor FC II, walaupun berada dalam kelompok tiga teratas Liga A1 Semi Pro, tidak layak menyertai kejohanan ini selaras dengan peraturan yang tidak membenarkan pasukan simpanan beraksi dalam pertandingan sama dengan kelab induk masing-masing.
Sementara itu, Kedah FA dan Armed Forces FC memilih untuk tidak menyertai saingan Piala Malaysia bagi musim ini. Maka slot ketiga diberikan kepada Kelantan Red Warriors yang kini berada di tangga ke-7 daripada 16 pasukan.
Bagi proses undian, kelab yang menamatkan pusingan pertama Liga Super di kedudukan pertama hingga kelapan iaitu juara bertahan JDT, Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, DPMM FC dan Sabah FC akan layak secara automatik ke pusingan 16 sebagai pasukan seeded.
Manakala lima kelab Liga Super di kedudukan kesembilan hingga ke-13 iaitu Imigresen FC, Kelantan The Real Warriors FC, Penang FC, Melaka FC dan PDRM FC akan diundi bersama tiga kelab Liga A1 Semi Pro untuk menentukan pertemuan menentang pasukan ‘seeded’. Proses undian akan dijalankan secara terbuka.
Mengikut perancangan awal, perlawanan pusingan 16 Piala Malaysia dijangka bermula pada 17 Januari 2026, tertakluk kepada sebarang perubahan dengan perlawanan akhir dijangka akan berlangsung pada bulan Mei.
Pasukan yang gagal mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia akan meneruskan cabaran dalam saingan MFL Challenge Cup 2025–2026.
Undian Piala Malaysia 2025–2026 akan berlangsung pada Jumaat, 2 Januari 2026, jam 8:30 malam bersiaran langsung di Astro Arena (801), Astro GO, Sooka & Youtube (Arena).
See TranslationSeperti musim lalu, kejohanan berprestij ini akan bermula dari pusingan 16 terbaik di mana tiga kelab yang menamatkan pusingan pertama Liga A1 Semi Pro 2025–2026 di kedudukan tiga teratas, iaitu Perak FA, UM-Damansara United dan Kelantan Red Warrior FC diberikan slot untuk bertanding kali ini.
Untuk makluman, Johor Darul Ta'zim (JDT) II dan Selangor FC II, walaupun berada dalam kelompok tiga teratas Liga A1 Semi Pro, tidak layak menyertai kejohanan ini selaras dengan peraturan yang tidak membenarkan pasukan simpanan beraksi dalam pertandingan sama dengan kelab induk masing-masing.
Sementara itu, Kedah FA dan Armed Forces FC memilih untuk tidak menyertai saingan Piala Malaysia bagi musim ini. Maka slot ketiga diberikan kepada Kelantan Red Warriors yang kini berada di tangga ke-7 daripada 16 pasukan.
Bagi proses undian, kelab yang menamatkan pusingan pertama Liga Super di kedudukan pertama hingga kelapan iaitu juara bertahan JDT, Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, DPMM FC dan Sabah FC akan layak secara automatik ke pusingan 16 sebagai pasukan seeded.
Manakala lima kelab Liga Super di kedudukan kesembilan hingga ke-13 iaitu Imigresen FC, Kelantan The Real Warriors FC, Penang FC, Melaka FC dan PDRM FC akan diundi bersama tiga kelab Liga A1 Semi Pro untuk menentukan pertemuan menentang pasukan ‘seeded’. Proses undian akan dijalankan secara terbuka.
Mengikut perancangan awal, perlawanan pusingan 16 Piala Malaysia dijangka bermula pada 17 Januari 2026, tertakluk kepada sebarang perubahan dengan perlawanan akhir dijangka akan berlangsung pada bulan Mei.
Pasukan yang gagal mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia akan meneruskan cabaran dalam saingan MFL Challenge Cup 2025–2026.
Undian Piala Malaysia 2025–2026 akan berlangsung pada Jumaat, 2 Januari 2026, jam 8:30 malam bersiaran langsung di Astro Arena (801), Astro GO, Sooka & Youtube (Arena).
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |