KUCHING CITY INTAI PELUANG DI SSI
Penjaga gol Kuching City FC, Haziq Nadzli menegaskan skuad The Cats masih mempunyai ruang untuk bangkit pada pertemuan kedua Separuh Akhir Piala FA 2025-2026 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Walaupun tewas 2-1 pada aksi pertama di Stadium Negeri, Haziq percaya perjalanan mereka belum berakhir dan apa sahaja masih boleh berlaku dalam 90 minit yang akan datang.
Mengulas aksi di Kuching tempoh hari, Haziq mengakui keputusan itu agak mengecewakan, namun tetap bangga dengan disiplin serta komitmen rakan-rakan sepasukannya.
“Walaupun kalah di tempat sendiri, tapi saya tetap bangga dengan kawan-kawan sebab bagi fokus yang bagus. Kita berjuang sehabis baik hingga wisel penamat ditiupkan, tetapi rezeki tidak berpihak kepada Kuching City,” katanya.
Penjaga gol kebangsaan itu menekankan bahawa persembahan mantap yang ditunjukkan dalam perlawanan pertama harus dijadikan batu loncatan untuk pertembungan di SSI nanti.
Haziq berharap pasukannya dapat memberi corak permainan lebih baik dan matang, sekali gus menanam harapan untuk Kuching City mara ke aksi final Piala FA 2025-2026 meskipun sedar ranjau yang bakal ditempuhi.
"Di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk aksi kedua Separuh Akhir nanti, saya harap pasukan dapat berikan yang lebih baik pada hari perlawanan. Kita tahu JDT lebih kuat di tempat sendiri, tapi kami datang bukan sekadar melengkapkan perlawanan.
“Untuk penyokong, terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa sokong kami tidak kira di mana kami bermain. Saya harap untuk aksi-aksi akan datang tetap kekal suasana seperti ini,” ujarnya.
Aksi timbal balik bakal menjadi medan penting untuk mengetahui finalis yang akan mara ke Perlawanan Akhir Piala FA 2025-2026. The Cats akan bertandang ke SSI pada 30 November manakala Selangor FC pula akan menerima kunjungan Sabah FC di Stadium MBPJ (kini agregat 2-2) untuk Aksi Separuh Akhir Kedua Piala FA 2025-2026.
See TranslationWalaupun tewas 2-1 pada aksi pertama di Stadium Negeri, Haziq percaya perjalanan mereka belum berakhir dan apa sahaja masih boleh berlaku dalam 90 minit yang akan datang.
Mengulas aksi di Kuching tempoh hari, Haziq mengakui keputusan itu agak mengecewakan, namun tetap bangga dengan disiplin serta komitmen rakan-rakan sepasukannya.
“Walaupun kalah di tempat sendiri, tapi saya tetap bangga dengan kawan-kawan sebab bagi fokus yang bagus. Kita berjuang sehabis baik hingga wisel penamat ditiupkan, tetapi rezeki tidak berpihak kepada Kuching City,” katanya.
Penjaga gol kebangsaan itu menekankan bahawa persembahan mantap yang ditunjukkan dalam perlawanan pertama harus dijadikan batu loncatan untuk pertembungan di SSI nanti.
Haziq berharap pasukannya dapat memberi corak permainan lebih baik dan matang, sekali gus menanam harapan untuk Kuching City mara ke aksi final Piala FA 2025-2026 meskipun sedar ranjau yang bakal ditempuhi.
"Di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk aksi kedua Separuh Akhir nanti, saya harap pasukan dapat berikan yang lebih baik pada hari perlawanan. Kita tahu JDT lebih kuat di tempat sendiri, tapi kami datang bukan sekadar melengkapkan perlawanan.
“Untuk penyokong, terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa sokong kami tidak kira di mana kami bermain. Saya harap untuk aksi-aksi akan datang tetap kekal suasana seperti ini,” ujarnya.
Aksi timbal balik bakal menjadi medan penting untuk mengetahui finalis yang akan mara ke Perlawanan Akhir Piala FA 2025-2026. The Cats akan bertandang ke SSI pada 30 November manakala Selangor FC pula akan menerima kunjungan Sabah FC di Stadium MBPJ (kini agregat 2-2) untuk Aksi Separuh Akhir Kedua Piala FA 2025-2026.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |