TERENGGANU NILAI PEMAIN LAIN GANTI SAFWAN MAZLAN
Ketua jurulatih Terengganu FC, Badrul Afzan Razali masih menilai kesebelasan terbaik untuk berdepan Negeri Sembilan FC selepas kecederaan terbaru yang dialami Safwan Mazlan pada minggu lalu.
Selain Yann Mabella yang masih dalam proses pemulihan, Terengganu kini kehilangan tonggak pertahanan itu yang sedang mengalami kecederaan buku lali dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu lagi.
Badrul bagaimanapun tetap positif dengan beberapa pilihan pemain lain dengan misi wajib menang bagi terus memperbaiki kedudukan liga yang menyaksikan mereka kini di tangga ke 4.
“Tekanan setiap perlawanan itu sentiasa ada untuk kami, tidak kira lawan apa pun tambahan pula sekarang saya dah hilang Mabella dan terbaharu, Safwan.
“Saya dah tengok beberapa pemain yang akan ganti tempat dia (Safwan), tapi tak boleh buat keputusan sekarang, tengoklah dalam beberapa hari ini.
“Untuk Negeri Sembilan, saya tahu beberapa pemain mereka yang cukup bahaya seperti Alex (Agyarkwa) dan juga Jovan (Motika), jadi sudah tentu kita kena bersedia dengan perancangan lebih baik”, katanya.
Dalam masa sama, Badrul sedar dengan tekanan yang menghimpit berhubung dengan prestatsi tidak menentu kelab itu, namun beliau enggan terlalu memikirkan situasi tersebut bagi fokus terlebih dahulu untuk perlawanan minggu ini.
“Saya mengambil pendekatan positif dengan apa yang akan berlaku dan sebab itu aksi dengan Negeri Sembilan ini amat mustahak bagi saya.
“Apa pun, kita fokus dahulu untuk aksi ini selain berharap keputusan yang lebih positif dapat diraih untuk bagi motivasi tambahan kepada pasukan”, tambahnya.
See TranslationSelain Yann Mabella yang masih dalam proses pemulihan, Terengganu kini kehilangan tonggak pertahanan itu yang sedang mengalami kecederaan buku lali dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu lagi.
Badrul bagaimanapun tetap positif dengan beberapa pilihan pemain lain dengan misi wajib menang bagi terus memperbaiki kedudukan liga yang menyaksikan mereka kini di tangga ke 4.
“Tekanan setiap perlawanan itu sentiasa ada untuk kami, tidak kira lawan apa pun tambahan pula sekarang saya dah hilang Mabella dan terbaharu, Safwan.
“Saya dah tengok beberapa pemain yang akan ganti tempat dia (Safwan), tapi tak boleh buat keputusan sekarang, tengoklah dalam beberapa hari ini.
“Untuk Negeri Sembilan, saya tahu beberapa pemain mereka yang cukup bahaya seperti Alex (Agyarkwa) dan juga Jovan (Motika), jadi sudah tentu kita kena bersedia dengan perancangan lebih baik”, katanya.
Dalam masa sama, Badrul sedar dengan tekanan yang menghimpit berhubung dengan prestatsi tidak menentu kelab itu, namun beliau enggan terlalu memikirkan situasi tersebut bagi fokus terlebih dahulu untuk perlawanan minggu ini.
“Saya mengambil pendekatan positif dengan apa yang akan berlaku dan sebab itu aksi dengan Negeri Sembilan ini amat mustahak bagi saya.
“Apa pun, kita fokus dahulu untuk aksi ini selain berharap keputusan yang lebih positif dapat diraih untuk bagi motivasi tambahan kepada pasukan”, tambahnya.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |