BERGSON FOKUS SEPARUH AKHIR, MAHU RAIH BEKALAN SELESA DI STADIUM NEGERI
Bergson da Silva mengakui misi mempertahankan trofi bukan mudah setiap musim untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) kini fokus kepada aksi separuh akhir Piala FA menentang Kuching City FC, pada Ahad.
JDT mendapat motivasi tambahan selepas menang ke atas Shanghai Shenhua 3-1 dalam aksi ACL Elite (ACLE) 2025-2026 pada Rabu lalu sekaligus mahu meneruskan rentak kemenangan bagi mendapat bekalan selesa apabila bakal berkunjung ke Stadium Negeri.
Bagi pemain kelahiran Brazil itu, dia tidak pernah mengambil mudah setiap perlawanan bermula dari pusingan 16 sehinggalah mereka mara ke separuh akhir ini untuk cuba mempertahankan kejuaraan buat kali ke 4 berturut-turut.
Dengan rekod Kuching City setakat ini yang kali pertama dalam sejarah mara ke pentas separuh akhir Piala FA, sudah tentu anak buah Aidil Sharin Sahak itu tidak akan melepaskan peluang untuk memastikan pertembungan yang lebih agresif bagi JDT lebih berjaga-jaga sebelum menerima kunjungan lawan pula dalam aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim.
“Kita telah hadapi minggu yang padat dan mencabar, dengan aksi ACLE dan selepas itu perlu fokus separuh akhir (Piala FA) pula.
“Jadi, kita tidak boleh tertekan dan kena cuba rehat sebaiknya untuk fikir tugas akan datang bagi mendapatkan keputusan lebih baik.
“Tapi untuk kami di JDT, kita bukan sahaja fikir pasal final, tapi daripada awal lagi kita dah fokus sejak pusingan 16, suku akhir sampailah ke separuh akhir.
“Jadi, kita kena teruskan momentum ini apatah lagi JDT adalah juara bertahan dan perlu lakukan segalanya satu demi satu untuk lebih bersedia dalam setiap aksi”, jelasnya.
Selain aksi antara Kuching City dan JDT, satu lagi pertembungan separuh akhir membabitkan Selangor FC yang bakal hadir ke Stadium Likas untuk berdepan Sabah FC pada Ahad ini.
See TranslationJDT mendapat motivasi tambahan selepas menang ke atas Shanghai Shenhua 3-1 dalam aksi ACL Elite (ACLE) 2025-2026 pada Rabu lalu sekaligus mahu meneruskan rentak kemenangan bagi mendapat bekalan selesa apabila bakal berkunjung ke Stadium Negeri.
Bagi pemain kelahiran Brazil itu, dia tidak pernah mengambil mudah setiap perlawanan bermula dari pusingan 16 sehinggalah mereka mara ke separuh akhir ini untuk cuba mempertahankan kejuaraan buat kali ke 4 berturut-turut.
Dengan rekod Kuching City setakat ini yang kali pertama dalam sejarah mara ke pentas separuh akhir Piala FA, sudah tentu anak buah Aidil Sharin Sahak itu tidak akan melepaskan peluang untuk memastikan pertembungan yang lebih agresif bagi JDT lebih berjaga-jaga sebelum menerima kunjungan lawan pula dalam aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim.
“Kita telah hadapi minggu yang padat dan mencabar, dengan aksi ACLE dan selepas itu perlu fokus separuh akhir (Piala FA) pula.
“Jadi, kita tidak boleh tertekan dan kena cuba rehat sebaiknya untuk fikir tugas akan datang bagi mendapatkan keputusan lebih baik.
“Tapi untuk kami di JDT, kita bukan sahaja fikir pasal final, tapi daripada awal lagi kita dah fokus sejak pusingan 16, suku akhir sampailah ke separuh akhir.
“Jadi, kita kena teruskan momentum ini apatah lagi JDT adalah juara bertahan dan perlu lakukan segalanya satu demi satu untuk lebih bersedia dalam setiap aksi”, jelasnya.
Selain aksi antara Kuching City dan JDT, satu lagi pertembungan separuh akhir membabitkan Selangor FC yang bakal hadir ke Stadium Likas untuk berdepan Sabah FC pada Ahad ini.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |