PIALA FA: MISI BESAR SABAH FC DI LIKAS
Penyerang Sabah FC, Jafri Firdaus Chew menegaskan bahawa mereka perlu bekerja lebih keras dan kekal berwaspada menjelang Aksi Separuh Akhir Pertama Piala FA 2025-2026 menentang Selangor FC di Stadium Likas.
Menurut Jafri, peluang untuk membawa Sabah FC mara ke pentas akhir bukan sesuatu yang mudah, namun ia mampu dicapai sekiranya semua pemain memberikan komitmen penuh di atas padang.
Menurutnya, Selangor bukan pasukan yang boleh dipandang rendah kerana mereka mempunyai ramai pemain berpengalaman termasuk import yang berkualiti.
“Saya sedar jika Sabah mahu layak ke final, kita perlu bekerja keras lagi. Bagi saya, dalam padang kita kena beri 100 peratus tapi dalam masa yang sama tetap berhati-hati juga dengan Selangor.
"Bagi saya, semua pemain mereka perlu diawasi, tapi ada juga segelintir pemain yang perlu diberi perhatian lebih,” ujarnya yang sebelum ini turut memainkan peranan penting membantu Sabah FC mara ke separuh akhir.
Penyerang berusia 28 tahun itu juga menganggap aksi di Likas sebagai peluang terbaik untuk Sabah mengumpul bekalan selesa sebelum aksi timbal balik di tempat lawan pada 30 November nanti.
“Bermain aksi pertama di laman sendiri mungkin dapat beri kelebihan kepada kami. Jadi kami wajib mengambil peluang ini untuk kutip gol sebanyak mungkin sebelum ke Selangor nanti,” tambahnya.
Sabah FC kini dalam misi memburu penampilan di final Piala FA apabila kali terakhir mereka menjejaki pentas itu pada tahun 1998 dengan menyandang tempat naib juara menentang Johor.
Jafri setakat ini berjaya mencipta tiga gol di aksi Piala FA sekali gus membantu pasukannya The Rhinos mara ke Separuh Akhir Pertama Piala FA yang akan berlangsung pada Ahad, 9 November ini.
See TranslationMenurut Jafri, peluang untuk membawa Sabah FC mara ke pentas akhir bukan sesuatu yang mudah, namun ia mampu dicapai sekiranya semua pemain memberikan komitmen penuh di atas padang.
Menurutnya, Selangor bukan pasukan yang boleh dipandang rendah kerana mereka mempunyai ramai pemain berpengalaman termasuk import yang berkualiti.
“Saya sedar jika Sabah mahu layak ke final, kita perlu bekerja keras lagi. Bagi saya, dalam padang kita kena beri 100 peratus tapi dalam masa yang sama tetap berhati-hati juga dengan Selangor.
"Bagi saya, semua pemain mereka perlu diawasi, tapi ada juga segelintir pemain yang perlu diberi perhatian lebih,” ujarnya yang sebelum ini turut memainkan peranan penting membantu Sabah FC mara ke separuh akhir.
Penyerang berusia 28 tahun itu juga menganggap aksi di Likas sebagai peluang terbaik untuk Sabah mengumpul bekalan selesa sebelum aksi timbal balik di tempat lawan pada 30 November nanti.
“Bermain aksi pertama di laman sendiri mungkin dapat beri kelebihan kepada kami. Jadi kami wajib mengambil peluang ini untuk kutip gol sebanyak mungkin sebelum ke Selangor nanti,” tambahnya.
Sabah FC kini dalam misi memburu penampilan di final Piala FA apabila kali terakhir mereka menjejaki pentas itu pada tahun 1998 dengan menyandang tempat naib juara menentang Johor.
Jafri setakat ini berjaya mencipta tiga gol di aksi Piala FA sekali gus membantu pasukannya The Rhinos mara ke Separuh Akhir Pertama Piala FA yang akan berlangsung pada Ahad, 9 November ini.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |