BEST XI: JAIRO DA SILVA PEMAIN PILIHAN DATO' ZAINAL ABIDIN DI LS9
Minggu kesembilan Liga Super 2025-2026 menyaksikan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jairo da Silva, dinobatkan sebagai pemain terbaik pilihan legenda bola sepak negara, Dato' Zainal Abidin Hassan selepas meledak hatrik ketika membantu pasukannya membenam Terengganu FC 5-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Menurut Zainal Abidin, prestasi Jairo pada perlawanan itu cukup mengagumkan dan menjadi contoh sebagai seorang penyerang berkualiti.
“Jairo menunjukkan kualiti tinggi sebagai penyerang moden, tajam, berani dan tenang di hadapan gawang gol. Hatrik menentang pasukan seperti Terengganu FC bukan sesuatu yang mudah, dan dia telah membuktikan keupayaannya berada di tahap terbaik,” kata Zainal Abidin.
Selain dinobatkan sebagai pemain terbaik, Jairo turut mengetuai senarai Best XI Liga Super LS9 pilihan Zainal Abidin yang menggunakan formasi 4-4-2 selain memilih Haziq Nadzli (Kuching City) sebagai penjaga gol pilihannya.
Di bahagian pertahanan, Zainal Abidin meletakkan Antonio Glauder (JDT), Giancarlo Gallifuoco (Kuala Lumpur City FC), Eddy Israfilov (JDT) dan bersama gandingan Kamal Azizi (Kuala Lumpur City FC).
Seterusnya, posisi di bahagian tengah dibarisi oleh tonggak Selangor FC, Faisal Halim, Afiq Fazail (JDT) Nacho Mendez (JDT) dan juga Arif Aiman (JDT) yang melengkapkan kombinasi terbaik bagi menggerakkan serangan.
Jairo da Silva yang dinobatkan sebagai pemain terbaik pilihan Zainal Abidin turut disenaraikan dalam Best XI LS9 bersama seorang lagi penyerang iaitu Ronald Ngah Wanja (Kuching City FC).
Zainal Abidin berkata, kesemua pemain yang disenaraikan menampilkan prestasi konsisten dan berpengaruh terhadap keputusan perlawanan masing-masing.
“Faisal dan Arif terus membuktikan kreativiti mereka di bahagian sayap, sementara Afiq dan Natxo menjadi penghubung penting antara pertahanan dan serangan. Di depan pula, kombinasi Jairo dan Ngah Wanja menjadi antara yang paling efektif minggu ini,” jelasnya.
Zainal Abidin turut memilih Aidil Sharin Sahak sebagai jurulatih terbaik minggu ini, selepas berjaya mengatur taktikal mantap yang menyaksikan Kuching City menang 5-0 tanpa memberi peluang kepada lawan (PDRM FC).
Aksi Liga Super minggu ke-10 (LS10) bakal bersambung semula pada 21 November depan, bagi memberi laluan kepada Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA 2025-2026 yang bakal berlangsung pada 9 November 2025.
See TranslationMenurut Zainal Abidin, prestasi Jairo pada perlawanan itu cukup mengagumkan dan menjadi contoh sebagai seorang penyerang berkualiti.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |