KUCHING CITY FC MASIH BELUM SELAMAT
Pertahanan import Kuching City FC, Yuki Tanigawa mengakui bakal berdepan cabaran getir mengekang kelincahan penyerang Terengganu FC, Yann Mabella menjelang Aksi Suku Akhir Kedua Piala FA 2025-2026 esok.
Meskipun Kuching City kini di kedudukan 'selesa' kerana membawa bekalan tiga gol ke gelanggang sendiri, namun Yuki menjelaskan bahawa pasukannya tetap berhati-hati dan tidak memandang rendah terhadap pasukan lawan.
“Pemain nombor 11, Yann Mabella mempunyai kelincahan tersendiri. Kali terakhir saya menentangnya, dia memang ada kelajuan dan kawalan bola yang baik. Saya sedikit bergelut ketika itu, jadi kali ini saya perlu lebih fokus dan berikan yang terbaik.
“Tidak kisah kami ada empat gol sebelum ini, tapi dalam suku akhir kedua ini, kami akan bermain seperti ia satu permulaan baharu,” ujarnya.
Pemain berusia 28 tahun itu menambah, perlawanan esok bukan sekadar mempertahankan kelebihan agregat, tetapi juga peluang untuk Kuching City mempertahankan status mereka sebagai pasukan yang semakin meningkat dalam saingan tempatan.
“Bermain liga dan piala adalah berbeza, jadi kemenangan esok sangat penting untuk kami yang ingin memburu slot di separuh akhir.
"Kami hanya perlu fokus kepada perlawanan ini dahulu dan jika berpeluang, mungkin selepas itu kami akan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di separuh akhir,” katanya.
Kuching City dijangka turun dengan barisan terbaik termasuk pemain import utama mereka bagi memastikan kelebihan agregat 4-1 dapat dipertahankan, manakala Terengganu FC pula bakal turun dengan misi memburu keajaiban di laman sendiri.
Aksi antara Kuching City dan Terengganu FC di Stadium Negeri, Kuching esok akan berlangsung pada jam 7.45 malam.
See TranslationMeskipun Kuching City kini di kedudukan 'selesa' kerana membawa bekalan tiga gol ke gelanggang sendiri, namun Yuki menjelaskan bahawa pasukannya tetap berhati-hati dan tidak memandang rendah terhadap pasukan lawan.
“Pemain nombor 11, Yann Mabella mempunyai kelincahan tersendiri. Kali terakhir saya menentangnya, dia memang ada kelajuan dan kawalan bola yang baik. Saya sedikit bergelut ketika itu, jadi kali ini saya perlu lebih fokus dan berikan yang terbaik.
“Tidak kisah kami ada empat gol sebelum ini, tapi dalam suku akhir kedua ini, kami akan bermain seperti ia satu permulaan baharu,” ujarnya.
Pemain berusia 28 tahun itu menambah, perlawanan esok bukan sekadar mempertahankan kelebihan agregat, tetapi juga peluang untuk Kuching City mempertahankan status mereka sebagai pasukan yang semakin meningkat dalam saingan tempatan.
“Bermain liga dan piala adalah berbeza, jadi kemenangan esok sangat penting untuk kami yang ingin memburu slot di separuh akhir.
"Kami hanya perlu fokus kepada perlawanan ini dahulu dan jika berpeluang, mungkin selepas itu kami akan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di separuh akhir,” katanya.
Kuching City dijangka turun dengan barisan terbaik termasuk pemain import utama mereka bagi memastikan kelebihan agregat 4-1 dapat dipertahankan, manakala Terengganu FC pula bakal turun dengan misi memburu keajaiban di laman sendiri.
Aksi antara Kuching City dan Terengganu FC di Stadium Negeri, Kuching esok akan berlangsung pada jam 7.45 malam.
All 0
Similar Posts
| title desc status | |
| title desc status | |
| title desc status | |
| title desc status | |
| title desc status | |
| title desc status | 

