TAK ADA YANG MUSTAHIL – TOMMY MAWAT TEKAD BERI TENTANGAN BUAT JDT
Tonggak DPMM FC, Tommy Mawat Bada menegaskan semangat juang pasukannya semakin tinggi menjelang aksi getir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.
Menurutnya, selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Melaka FC baru-baru ini, DPMM FC kini semakin bersemangat untuk memperbaiki kedudukan mereka yang kini berada di tangga ke-10 Liga Super.
Kemenangan tersebut bukan sahaja memberi tiga mata berharga, tetapi turut menyuntik keyakinan baharu dalam kalangan pemain.
“Ya, perubahan kedudukan itu amat penting serta telah meningkatkan moral satu pasukan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang dan seterusnya.
“Malah kini, persiapan sejujurnya dalam keadaan yang terbaik untuk pasukan. Prestasi kecergasan serta fokus pemain amatlah penting untuk dijaga sehingga hari ini dan sebelum perlawanan," ujar Tommy Mawat.
Walaupun sedar akan cabaran besar menentang juara bertahan Liga Super itu, Tommy menegaskan DPMM FC tidak akan turun dengan mentaliti menyerah kalah. Baginya, perbezaan status antara pasukan bukan alasan untuk tidak berjuang habis-habisan di atas padang.
“Ya, kami tetap membawa 'mindset' yang positif walaupun secara logiknya JDT adalah pasukan besar dalam Liga Malaysia. Tetapi sekiranya semua pemain tetap fokus dan bekerjasama dalam setiap perlawanan, tidak ada yang mustahil,” tegasnya.
Tommy juga percaya bahawa semangat sepasukan dan disiplin taktikal akan menjadi kunci utama untuk DPMM FC memberi saingan sengit di gelanggang lawan nanti.
Aksi Liga Super minggu kelapan melibatkan JDT dan DPMM akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada jam 8.15 malam.
See TranslationMenurutnya, selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Melaka FC baru-baru ini, DPMM FC kini semakin bersemangat untuk memperbaiki kedudukan mereka yang kini berada di tangga ke-10 Liga Super.
Kemenangan tersebut bukan sahaja memberi tiga mata berharga, tetapi turut menyuntik keyakinan baharu dalam kalangan pemain.
“Ya, perubahan kedudukan itu amat penting serta telah meningkatkan moral satu pasukan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang dan seterusnya.
“Malah kini, persiapan sejujurnya dalam keadaan yang terbaik untuk pasukan. Prestasi kecergasan serta fokus pemain amatlah penting untuk dijaga sehingga hari ini dan sebelum perlawanan," ujar Tommy Mawat.
Walaupun sedar akan cabaran besar menentang juara bertahan Liga Super itu, Tommy menegaskan DPMM FC tidak akan turun dengan mentaliti menyerah kalah. Baginya, perbezaan status antara pasukan bukan alasan untuk tidak berjuang habis-habisan di atas padang.
“Ya, kami tetap membawa 'mindset' yang positif walaupun secara logiknya JDT adalah pasukan besar dalam Liga Malaysia. Tetapi sekiranya semua pemain tetap fokus dan bekerjasama dalam setiap perlawanan, tidak ada yang mustahil,” tegasnya.
Tommy juga percaya bahawa semangat sepasukan dan disiplin taktikal akan menjadi kunci utama untuk DPMM FC memberi saingan sengit di gelanggang lawan nanti.
Aksi Liga Super minggu kelapan melibatkan JDT dan DPMM akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada jam 8.15 malam.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |