BEST XI : NURILLO BUKTI KUALITI TERSENDIRI DI LS7
Nurillo Tukhtasinov dianggap sebagai penggerak utama pasukan yang cemerlang minggu ini untuk dipilih oleh bekas pemain kebangsaan, Farizal Marlias bagi berada dalam Best XI Liga Super (LS7).
Jentera tengah Terengganu FC itu menjadi antara nadi kelab untuk membantu pasukan meraih kemenangan berharga 4-1 ke atas Kelantan The Real Warriors FC minggu lalu sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan berada di tangga ketiga liga.
Bagi Farizal, pemain dari Uzbekistan itu berjaya membuktikan kualitinya setiap kali diberi peluang beraksi terutamanya untuk membantu rakan sepasukan di bahagian serangan bagi menembusi pertahanan pihak lawan.
“Bagi saya banyak kejutan juga yang berlaku pada minggu lalu di LS7 dengan aksi-aksi menarik dari setiap kelab.
“Tapi yang menarik perhatian saya adalah tonggak tengah TFC iaitu Nurillo yang setakat ini cemerlang perkuatkan jentera tengah kelab itu.
“Bahagian tengah pasukan sangat penting untuk menggerakkan permainan dengan lebih berkualiti, jadi dia (Nurillo) banyak membantu dalam setiap perlawanan, dan dia layak untuk dipilih pemain terbaik bagi minggu ini”, jelasnya.
Selain Nurillo, Farizal turut menyenaraikan pemain-pemain lain untuk Best XI bagi LS7 dalam formasi 3-4-3 dengan meletakkan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih pilihan.
Ahmad Syihan Hazmi pula diletakkan sebagai penjaga gol pilihan selepas aksi menakjubkan ketika berdepan PDRM FC tempoh hari dengan melakukan “clean sheet” menyaksikan JDT menang 7-0.
Tiga pertahanan kebal, Eddy Israfilov (JDT) bersama-sama Yuki Tanigawa (Kuching City) di pertahanan tengah dan Shahrul Saad (JDT) pula dipilih untuk mengemudi benteng pasukan selepas masing-masing mempertaruhkan aksi memukau minggu lalu.
Di jentera tengah, selain Nurillo, tiga lagi pemain iaitu Arif Aiman (JDT), Yan Mabella (TFC) dan Tchetche Kipree (Penang FC) masing-masing dianggap cukup berkualiti untuk memacu bahagian tengah dalam melancarkan serangan.
Trio serangan pula menyaksikan Farizal meletakkan kepercayaan kepada Jairo da Silva (JDT), Bergson da Silva (JDT) yang memegang rekod Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Liga Super selain Jordan Mintah (Kuching City) yang menjadi penjaring tunggal pasukan untuk beri kemenangan berharga kepada Kuching City.
Berakhir saingan LS7 tempoh hari menyaksikan JDT masih gah di takhta liga dengan 21 mata diikuti Kuala Lumpur (16 mata) dan Terengganu FC di tangga ketiga (13 mata).
Saingan Liga Malaysia ketika ini berehat bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan dan akan kembali bersambung pada 17 Oktober dengan aksi suku akhir Piala FA.
TAMAT
See TranslationJentera tengah Terengganu FC itu menjadi antara nadi kelab untuk membantu pasukan meraih kemenangan berharga 4-1 ke atas Kelantan The Real Warriors FC minggu lalu sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan berada di tangga ketiga liga.
Bagi Farizal, pemain dari Uzbekistan itu berjaya membuktikan kualitinya setiap kali diberi peluang beraksi terutamanya untuk membantu rakan sepasukan di bahagian serangan bagi menembusi pertahanan pihak lawan.
“Bagi saya banyak kejutan juga yang berlaku pada minggu lalu di LS7 dengan aksi-aksi menarik dari setiap kelab.
“Tapi yang menarik perhatian saya adalah tonggak tengah TFC iaitu Nurillo yang setakat ini cemerlang perkuatkan jentera tengah kelab itu.
“Bahagian tengah pasukan sangat penting untuk menggerakkan permainan dengan lebih berkualiti, jadi dia (Nurillo) banyak membantu dalam setiap perlawanan, dan dia layak untuk dipilih pemain terbaik bagi minggu ini”, jelasnya.
Selain Nurillo, Farizal turut menyenaraikan pemain-pemain lain untuk Best XI bagi LS7 dalam formasi 3-4-3 dengan meletakkan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih pilihan.
Ahmad Syihan Hazmi pula diletakkan sebagai penjaga gol pilihan selepas aksi menakjubkan ketika berdepan PDRM FC tempoh hari dengan melakukan “clean sheet” menyaksikan JDT menang 7-0.
Tiga pertahanan kebal, Eddy Israfilov (JDT) bersama-sama Yuki Tanigawa (Kuching City) di pertahanan tengah dan Shahrul Saad (JDT) pula dipilih untuk mengemudi benteng pasukan selepas masing-masing mempertaruhkan aksi memukau minggu lalu.
Di jentera tengah, selain Nurillo, tiga lagi pemain iaitu Arif Aiman (JDT), Yan Mabella (TFC) dan Tchetche Kipree (Penang FC) masing-masing dianggap cukup berkualiti untuk memacu bahagian tengah dalam melancarkan serangan.
Trio serangan pula menyaksikan Farizal meletakkan kepercayaan kepada Jairo da Silva (JDT), Bergson da Silva (JDT) yang memegang rekod Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Liga Super selain Jordan Mintah (Kuching City) yang menjadi penjaring tunggal pasukan untuk beri kemenangan berharga kepada Kuching City.
Berakhir saingan LS7 tempoh hari menyaksikan JDT masih gah di takhta liga dengan 21 mata diikuti Kuala Lumpur (16 mata) dan Terengganu FC di tangga ketiga (13 mata).
Saingan Liga Malaysia ketika ini berehat bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan dan akan kembali bersambung pada 17 Oktober dengan aksi suku akhir Piala FA.
TAMAT
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |