SAINGAN PIALA MALAYSIA 2023 PENUH LIKU
Saingan Piala Malaysia pada musim ini menghadirkan kelainan dengan penyertaan kali pertama kelab daripada Liga M3 menyaksikan sebanyak 16 pasukan secara keseluruhan akan berentap di peringkat awal.
14 pasukan Liga Super dan 2 pasukan teratas Liga M3 bakal mempertaruhkan aksi yang akan dimainkan secara timbal balik bermula dengan pusingan 16 pasukan, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir (satu perlawanan).
Selepas berakhir majlis undian Piala Malaysia 2023 yang telah berlangsung hari ini, semua pasukan sudah boleh mencongak peluang untuk melangkah jauh dalam kejohanan ini yang telah memasuki edisi ke-97.
Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), yang kini gah di takhta liga akan memulakan langkah menentang Kelantan FC yang kini berada di tangga tercorot Liga Super sebelum berentap di laman sendiri pada perlawanan kedua timbal balik.
Sementara itu, pertembungan yang pastinya mencuri tumpuan adalah kelab “The Giant Killer” iaitu PDRM FC yang mengintai peluang terus melakar kejutan apabila diundi menentang finalis tahun lalu, Selangor FC yang kini berada di kedudukan kedua liga.
Lain-lain undian memperlihatkan kelab di tangga kedua tercorot liga iaitu Kelantan United FC akan menerima kunjungan Negeri Sembilan FC yang kini di kedudukan kesembilan liga selain Penang FC bakal menentang Kuala Lumpur City FC selaku juara Piala Malaysia 2021.
Kelab yang menduduki tangga teratas Liga M3 pula berdepan cabaran besar apabila akan menentang Terengganu FC kendalian Tomislav Steinbruckner manakala satu lagi kelab Liga M3 akan berdepan Sri Pahang FC.
Melengkapkan dua lagi pertemuan ialah pertembungan antara juara Piala Malaysia 2018, Perak FC yang terlebih dahulu akan menerima kunjungan juara Piala Malaysia 2016 iaitu Kedah Darul Aman FC selain aksi ‘Borneo Derby’ di antara Kuching City FC dan Sabah FC.
Majlis undian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam dan bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan.
Berdasarkan mekanisme undian yang digunapakai kali ini, pasukan-pasukan “seeded” iaitu JDT, Selangor FC, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC, Sabah FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC akan terus diletakkan dalam kedudukan posisi dari 1 hingga 8 berdasarkan kedudukan di Liga Super 2023 selepas perlawanan 13 liga.
Manakala pasukan yang berada di kedudukan 9 hingga 14 selepas perlawanan 13 Liga Super dan dua pasukan teratas Liga M3 akan diundi untuk menentukan posisi kedudukan ke pusingan 16 yang akan bertemu pasukan “seeded”.
Tiada lagi undian selepas pusingan 16 Piala Malaysia dengan laluan ke perlawanan akhir telah ditentukan berdasarkan keputusan undian pada hari ini.
Pasukan yang tidak dapat meneruskan kemaraan ke suku akhir secara automatik akan meneruskan cabaran di pentas MFL Challange Cup 2023.
Pertandingan Piala Malaysia 2023 akan bermula pada Ogos dan aksi final dijangka bakal berlangsung pada Disember.
See Translation14 pasukan Liga Super dan 2 pasukan teratas Liga M3 bakal mempertaruhkan aksi yang akan dimainkan secara timbal balik bermula dengan pusingan 16 pasukan, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir (satu perlawanan).

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |