MISI WAJIB MENANG SELANGOR FC
Ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi menegaskan kepada anak buahnya misi wajib menang ke atas Terengganu FC malam ini bagi menebus semula kekalahan tempoh hari.
Tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super minggu lalu nyata memberikan kekecewaan besar kepada Selangor dan mereka mengambil pengajaran daripada aksi tersebut yang menghukum pasukan pada minit akhir perlawanan.
Justeru, Kinoshi mahu barisan pemain untuk lebih bersedia apatah lagi Terengganu FC juga dalam momentum terbaik terutamanya selepas menang besar ke atas DPMM FC tempoh hari selain lawan turut mempunyai skuad yang berkualiti termasuklah pemain import.
Apa yang pasti, selaku tuan rumah, beliau mengharapkan keputusan positif dapat diraih dan enggan lagi kehilangan mata yang boleh meletakkan Selangor FC terus ketinggalan dalam kedudukan liga apabila mereka kini menghuni tangga ketujuh selepas tiga perlawanan.
“Kita perlu bersedia dengan lebih baik, dengan lebih rapi kerana selepas kekalahan tempoh hari, banyak yang perlu ditambahbaik.
“Untuk kembali menjadi pasukan Selangor seperti sebelum ini, kita kena kembali menang dan semua faham tanggungjawab masing-masing untuk melakukan persiapan terbaik lawan Terengganu.
“Selepas beberapa perlawanan yang kita harungi, setakat ini tiada kecederaan yang teruk menimpa pemain, hanya yang biasa sahaja dan kita akan terus awasi kecergasan mereka”, jelasnya.
Selepas tiga perlawanan Liga Super, Selangor FC hanya menang sekali iaitu ke atas DPMM FC dengan keputusan 3-0.
Selain aksi antara Selangor FC dan Terengganu FC, satu lagi perlawanan yang akan berlangsung malam ini adalah Kuala Lumpur City FC yang akan berdepan PDRM FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
See TranslationTewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super minggu lalu nyata memberikan kekecewaan besar kepada Selangor dan mereka mengambil pengajaran daripada aksi tersebut yang menghukum pasukan pada minit akhir perlawanan.
Justeru, Kinoshi mahu barisan pemain untuk lebih bersedia apatah lagi Terengganu FC juga dalam momentum terbaik terutamanya selepas menang besar ke atas DPMM FC tempoh hari selain lawan turut mempunyai skuad yang berkualiti termasuklah pemain import.
Apa yang pasti, selaku tuan rumah, beliau mengharapkan keputusan positif dapat diraih dan enggan lagi kehilangan mata yang boleh meletakkan Selangor FC terus ketinggalan dalam kedudukan liga apabila mereka kini menghuni tangga ketujuh selepas tiga perlawanan.
“Kita perlu bersedia dengan lebih baik, dengan lebih rapi kerana selepas kekalahan tempoh hari, banyak yang perlu ditambahbaik.
“Untuk kembali menjadi pasukan Selangor seperti sebelum ini, kita kena kembali menang dan semua faham tanggungjawab masing-masing untuk melakukan persiapan terbaik lawan Terengganu.
“Selepas beberapa perlawanan yang kita harungi, setakat ini tiada kecederaan yang teruk menimpa pemain, hanya yang biasa sahaja dan kita akan terus awasi kecergasan mereka”, jelasnya.
Selepas tiga perlawanan Liga Super, Selangor FC hanya menang sekali iaitu ke atas DPMM FC dengan keputusan 3-0.
Selain aksi antara Selangor FC dan Terengganu FC, satu lagi perlawanan yang akan berlangsung malam ini adalah Kuala Lumpur City FC yang akan berdepan PDRM FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |