LALUAN 16 KELAB BAKAL DIKETAHUI DALAM UNDIAN PIALA FA 2025-2026 PADA ISNIN
Malaysian Football League (MFL) bakal mengadakan Majlis Undian Piala FA 2025-2026 pada Isnin (28 Julai) yang melibatkan penyertaan 16 kelab termasuk 3 kelab dari Liga A1 Semi Pro.
3 kelab tersebut adalah Bunga Raya FC, Malaysian University FT dan UM-Damansara FC untuk bersama-sama 13 kelab Liga Super lain bagi berentap dalam pentas Piala FA kali ini.
Selain itu, tiga kelab baharu Liga Super, Melaka FC, Imigresen FC dan DPMM FC juga antara yang akan merancakkan lagi saingan pemburuan trofi kejohanan itu.
Enam kelab ini akan diundi bersama 10 lagi kelab Liga Super iaitu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor FC, Sabah FC, Kuching City FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC, PDRM FC, Penang FC, Negeri Sembilan FC, dan Kelantan Darul Naim FC yang dijenamakan sebagai Kelantan The Real Warriors FC.
Pada musim ini, semua perlawanan daripada pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara timbal balik.
Sebanyak 8 pasukan yang layak secara automatik ke pusingan 16 berdasarkan kedudukan 1 hingga 8 Liga Super 2024-2025 iaitu JDT, Selangor FC, Sabah FC, Kuching City FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC, PDRM FC dan Penang FC selaku pasukan ‘seeded’.
Manakala undian secara terbuka akan melibatkan dua pasukan terbawah Liga Super 2024-2025 iaitu Negeri Sembilan FC dan Kelantan The Real Warriors FC diikuti 3 kelab terbaharu, Melaka FC, Imigresen FC dan DPMM FC serta 3 pasukan dari Liga A1 Semi Pro, Bunga Raya FC, Malaysian University FT dan UM Damansara FC untuk bertemu pasukan ‘seeded’.
Proses undian menyaksikan 8 kelab dalam Pusingan 16 akan diundi dan akan bertemu pasukan seeded mengikut posisi 1 hingga 8 di mana penentuan seeding kelab dalam mekanisma undian adalah sama seperti yang telah ditetapkan seperti musim sebelum ini.
Kelab ‘seeded’ yang berkedudukan 1,4,5 dan 8 akan berada di kedudukan sebelah kiri jadual manakala kelab seeded yang berkedudukan 2,3,6 dan 7 berada di sebelah kanan jadual mengikut ranking yang telah ditetapkan.
Musim lalu, final Piala FA 2024-2025 menyaksikan JDT dinobatkan selaku juara selepas menewaskan Selangor FC dengan keputusan 6-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Jadi, apakah nasib laluan kesemua 16 kelab yang bertanding dalam saingan Piala FA musim ini? Semuanya akan terjawab selepas undian pada Isnin ini yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena (801) dan Youtube Astro Arena pada jam 8.30 malam.
See Translation3 kelab tersebut adalah Bunga Raya FC, Malaysian University FT dan UM-Damansara FC untuk bersama-sama 13 kelab Liga Super lain bagi berentap dalam pentas Piala FA kali ini.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |