TAKLIMAT KOMISIONER PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2025-2026
Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Taklimat Komisioner Perlawanan Liga Malaysia 2025-2026 dihadiri oleh 39 pegawai yang berlangsung pada hari ini.
Taklimat berkenaan diadakan sebagai persiapan menjelang musim baharu Liga Malaysia 2025-2026 yang telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL, Tuan Haji Mustaza Ahmad.
Dalam taklimat berkenaan, kesemua Komisioner Perlawanan telah diberikan maklumat dan pemahaman lebih terperinci berkenaan sepak mula Liga Malaysia yang akan bermula pada 8 Ogos 2025 dan juga peraturan-peraturan terkini pertandingan, aspek komersial, media, penyiaran, perundangan serta pengadilan.
Turut hadir memberi taklimat adalah Pegawai Unit Teknologi Maklumat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), iaitu Hasrol Ismail yang juga sebagai Instruktor Sistem Pengurusan Pertandingan bagi memberi taklimat berkenaan Sistem Pengurusan Pertandingan (CMS).
Selain itu, Taklimat Video Bantuan Pengadil (VAR) turut diadakan menyaksikan Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengadil Profesional FAM, C Ravichandran memberikan taklimat berkenaan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Selain itu, seramai 9 pegawai media pasukan daripada 13 kelab Liga Malaysia juga hadir untuk mendengarkan sesi taklimat berhubung media dan penyiaran pada sesi sebelah petang yang dibentangkan oleh Ketua Unit Media dan Penyiaran MFL, En Shafiz Isa dan Ketua Kandungan Astro Arena, En Redzuan Nasir.
Taklimat yang diadakan ini sebagai usaha untuk memastikan kelancaran Liga Malaysia 2025-2026 yang akan membuka tirai dengan Perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 Ogos ini.
See TranslationTaklimat berkenaan diadakan sebagai persiapan menjelang musim baharu Liga Malaysia 2025-2026 yang telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL, Tuan Haji Mustaza Ahmad.
Dalam taklimat berkenaan, kesemua Komisioner Perlawanan telah diberikan maklumat dan pemahaman lebih terperinci berkenaan sepak mula Liga Malaysia yang akan bermula pada 8 Ogos 2025 dan juga peraturan-peraturan terkini pertandingan, aspek komersial, media, penyiaran, perundangan serta pengadilan.
Turut hadir memberi taklimat adalah Pegawai Unit Teknologi Maklumat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), iaitu Hasrol Ismail yang juga sebagai Instruktor Sistem Pengurusan Pertandingan bagi memberi taklimat berkenaan Sistem Pengurusan Pertandingan (CMS).
Selain itu, Taklimat Video Bantuan Pengadil (VAR) turut diadakan menyaksikan Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengadil Profesional FAM, C Ravichandran memberikan taklimat berkenaan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Selain itu, seramai 9 pegawai media pasukan daripada 13 kelab Liga Malaysia juga hadir untuk mendengarkan sesi taklimat berhubung media dan penyiaran pada sesi sebelah petang yang dibentangkan oleh Ketua Unit Media dan Penyiaran MFL, En Shafiz Isa dan Ketua Kandungan Astro Arena, En Redzuan Nasir.
Taklimat yang diadakan ini sebagai usaha untuk memastikan kelancaran Liga Malaysia 2025-2026 yang akan membuka tirai dengan Perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 Ogos ini.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |