FAIRUZ ZAKARIA TERUJA SERTAI SKUAD DPMM FC, SASAR TEMPAT DALAM KESEBELASAN UTAMA
Bekas pertahanan Penang FC, Fairuz Zakaria menyifatkan peluang menyertai kelab Brunei DPMM FC sebagai detik bermakna dalam kariernya sekali gus membuka lembaran baharu dalam saingan Liga Malaysia 2025–2026.
Pemain berusia 28 tahun itu tidak menafikan rasa teruja dan bangga apabila dipilih untuk memperkuatkan kelab berstatus luar negara itu yang kini kembali bersaing dalam kancah bola sepak tempatan selepas kali terakhir pada 2008.
“Perasaan saya amat teruja sekali kerana dapat peluang bermain bersama pasukan DPMM FC yang saya harap boleh meningkatkan prestasi permainan saya. Saya berhasrat untuk bermain dalam pasukan kebangsaan jika terpilih dan diberi peluang.
“Insya-Allah saya boleh menyesuaikan diri di DPMM FC kerana saya ada serba sedikit pengalaman dalam pasukan Liga Super seperti Kedah dan Penang,” jelasnya yang turut beraksi bersama Kedah Darul Aman FC sebelum ini.
Sementara itu, Fairuz turut meletakkan sasaran peribadi yang tinggi untuk musim baharu ini, termasuk usaha menambat kepercayaan barisan kejurulatihan bagi menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama pasukan.
“Sasaran saya adalah untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan serta dapat menjulang piala dalam Liga Malaysia,” katanya.
DPMM FC yang berpangkalan di Brunei kini menyertai semula Liga Malaysia dan Fairuz berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek bola sepak kelab itu di Malaysia.
Dengan semangat baharu dan matlamat yang jelas, Fairuz kini bersedia untuk membuktikan kemampuannya di pentas yang lebih mencabar bersaing dengan pemain luar.
See TranslationPemain berusia 28 tahun itu tidak menafikan rasa teruja dan bangga apabila dipilih untuk memperkuatkan kelab berstatus luar negara itu yang kini kembali bersaing dalam kancah bola sepak tempatan selepas kali terakhir pada 2008.
“Perasaan saya amat teruja sekali kerana dapat peluang bermain bersama pasukan DPMM FC yang saya harap boleh meningkatkan prestasi permainan saya. Saya berhasrat untuk bermain dalam pasukan kebangsaan jika terpilih dan diberi peluang.
“Insya-Allah saya boleh menyesuaikan diri di DPMM FC kerana saya ada serba sedikit pengalaman dalam pasukan Liga Super seperti Kedah dan Penang,” jelasnya yang turut beraksi bersama Kedah Darul Aman FC sebelum ini.
Sementara itu, Fairuz turut meletakkan sasaran peribadi yang tinggi untuk musim baharu ini, termasuk usaha menambat kepercayaan barisan kejurulatihan bagi menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama pasukan.
“Sasaran saya adalah untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan serta dapat menjulang piala dalam Liga Malaysia,” katanya.
DPMM FC yang berpangkalan di Brunei kini menyertai semula Liga Malaysia dan Fairuz berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek bola sepak kelab itu di Malaysia.
Dengan semangat baharu dan matlamat yang jelas, Fairuz kini bersedia untuk membuktikan kemampuannya di pentas yang lebih mencabar bersaing dengan pemain luar.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |