KELAB DPMM FC BAKAL RANCAKKAN SAINGAN LIGA MALAYSIA MUSIM 2025-2028
DPMM FC kini bersedia untuk merancakkan saingan Liga Malaysia selepas kelab profesional dari Brunei itu telah menandatangani perjanjian penyertaan bersama Malaysian Football League (MFL) bermula musim 2025-2028.
Majlis Menandatangani Penyertaan DPMM FC Dalam Liga Malaysia 2025-2028 telah berlangsung dengan penuh simbolik di Hotel Thistle, Johor Bahru pada 3 Jun 2025.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, En. Mohd Shazli Shaik Mohd dan Pengurus Besar DPMM FC, En. Md Ali Haji Momin hadir menandatangani perjanjian penyertaan itu disaksikan oleh Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan bersama Pengurus Pemasaran DPMM FC, En. Momin Md Jaafar.
Perjanjian ini menyaksikan DPMM FC sah bertanding dalam kempen Liga Super bermula musim 2025-2026, menandakan kemasukan semula kelab tersebut ke dalam saingan bola sepak profesional tanah air selepas kali terakhir menyertai Liga Super pada tahun 2008.
Malaysia dan Brunei memiliki sejarah tersendiri dalam arena bola sepak apabila Brunei pernah menyertai pertandingan Piala Malaysia pada 1979 buat kali pertama dan kemudian Liga Semi-Pro pada 1989.
Brunei pernah menjulang trofi Piala Malaysia 1999 dengan menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur kemudian DPMM FC menyertai saingan Liga Super dengan pencapaian terbaik menduduki tangga ketiga liga pada 2005-2006.
Kerjasama yang dimeterai merupakan sebahagian daripada inisiatif MFL untuk memperkukuhkan nilai kompetitif liga, sekali gus meraikan kerjasama dua hala dalam pembangunan bola sepak serantau serta mengukuhkan perpaduan bola sepak ASEAN.
“Kami di MFL amat berbesar hati dan mengalu-alukan penyertaan rasmi DPMM FC ke dalam Liga Malaysia bagi musim 2025-2026. Ini bukan sahaja menandakan kemasukan semula sebuah kelab yang memiliki ikatan sejarah cukup kuat dengan Malaysia malah memberi makna baharu kepada semangat persaingan dan hubungan serantau antara Malaysia dan Brunei.
“Kami percaya ini juga adalah sebahagian daripada agenda strategik MFL dalam memperkukuhkan nilai kompetitif Liga Super dan membuka ruang kepada kerjasama dua hala yang lebih luas di rantau ini. Dengan reputasi, pengalaman dan profesionalisme yang dimiliki oleh DPMM FC, dapat menyuntik dimensi baharu kepada landskap bola sepak tempatan dan memberikan impak positif kepada jenama Liga Super”, jelas Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.
Pengurus Besar DPMM FC, En. Md Ali Haji Momin menyatakan keterujaan untuk melihat pasukan itu membuat penampilan semula di pentas Liga Super selepas beraksi di Liga Singapura dan mengharapkan penyertaan ini dapat memberikan pengalaman yang berbeza kepada setiap pemain.
“Kami di pihak DPMM FC pastinya gembira kerana dapat kembali bersaing dalam kancah Liga Malaysia yang memiliki jenama cukup besar di rantau ini. Kami sedar dengan kualiti yang ada pada setiap kelab Liga Super yang pastinya memberikan cabaran hebat buat kelab DPMM FC. Ini lah yang kami mahukan dan kami berharap dengan kehadiran DPMM FC dapat turut sama memeriahkan lagi saingan di Liga Super.
“Liga Malaysia memang dekat dengan penyokong-penyokong di Brunei, saya percaya mereka juga tidak sabar dengan penyertaan DPMM FC pada musim baharu ini. Apa yang kami harapkan, cabaran ini akan dapat meningkatkan kualiti pemain kami selain mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.
Turut hadir pada sesi menandatangani memorandum persefahaman ini adalah Ahli Majlis FIFA yang juga mantan Presiden FAM, Tan Sri Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Naib Presiden AFF, Pengiran Haji Matusin Pengiran Haji Matasan, Presiden Interim Brunei FA, Pengiran Haji Kamarunsalehin Pengiran Haji Kamis, Ahli DPMM FC, Shabul Mashor Junaidi, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, Presiden PBNJ, Dato’ Haji Ismail Karim, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Haji Rahman dan barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Encik Saaran Nadarajah, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, Dato’ Zainal Abidin Hassan, Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin serta Dato' Mohamed Suffian Awang.
Muat turun untuk versi Bahasa Inggeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2025/06/DPMM-FC-CLUB-WILL-BOOST-THE-MALAYSIA-LEAGUE-COMPETITION-FOR-THE-2025-2028-SEASON.pdf
See TranslationMajlis Menandatangani Penyertaan DPMM FC Dalam Liga Malaysia 2025-2028 telah berlangsung dengan penuh simbolik di Hotel Thistle, Johor Bahru pada 3 Jun 2025.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |