TAKUMI SASAKI HARAP MUSIM LEBIH CEMERLANG BERSAMA NSFC
Pemain tengah Negeri Sembilan FC, Takumi Sasaki menyifatkan musim 2024-2025 merupakan satu permulaan yang cemerlang buatnya yang kali pertama berhijrah ke Malaysia.
Pemain dari Jepun ini tidak menyangka beraksi di pentas Liga Super musim lalu berjaya memberikan pengalaman berguna kepadanya untuk menjadi pemain yang lebih berkualiti lebih-lebih lagi apabila terus diberi kepercayaan untuk menyambung kontrak bersama skuad Jang pada musim depan.
Sasaki ternyata berjaya membuktikan kelincahannya di atas padang pada awal musim untuk terus mencuri perhatian meskipun Negeri Sembilan berdepan prestasi yang tidak menentu sehingga menamatkan Liga Super di tangga kedua tercorot.
Namun, pencapaian kelab tidak mematahkan semangat pemain berusia 25 tahun ini untuk terus berbakti sambil mengharapkan pencapaian yang lebih memberangsangkan dapat diraih mereka pada musim depan.
“Saya datang ke sini untuk cari pengalaman baru. Ini kali pertama saya bermain di luar negara, tapi ia memang tahun yang hebat apabila dapat kenal budaya dan orang Malaysia yang sangat baik.
“Sekarang saya dah biasa dengan bola sepak Malaysia, saya rasa musim kedua ini saya boleh tunjukkan 100 peratus kemampuan saya.
“Dalam bola sepak, saya sentiasa fikir untuk pasukan. Saya rasa saya dah tunjuk yang saya pemain yang tak mudah mengalah walaupun dalam musim yang susah, dan akan terus berjuang untuk pasukan sampai akhir”, katanya.
Dalam masa sama, Sasaki juga berterima kasih kepada penyokong-penyokong yang tetap ada di belakang pasukan dan mengharapkan semangat yang sama dapat diberikan buat mereka pada musim hadapan.
“Apatah lagi penyokong Negeri Sembilan memang hebat sebab apabila musim lepas kita bergelut, mereka tetap sokong sampai habis. Bukan sahaja Negeri Sembilan, tapi semangat penyokong JDT, Selangor, Terengganu dan lain-lain juga hebat.
“Sekarang liga dah habis, saya balik ke Tokyo untuk bercuti dan saya ada jumpa juga pemain dari kelab Jepun, sembang pasal bola, tengok perlawanan dan belajar dari mereka”, tambahnya.
See TranslationPemain dari Jepun ini tidak menyangka beraksi di pentas Liga Super musim lalu berjaya memberikan pengalaman berguna kepadanya untuk menjadi pemain yang lebih berkualiti lebih-lebih lagi apabila terus diberi kepercayaan untuk menyambung kontrak bersama skuad Jang pada musim depan.
Sasaki ternyata berjaya membuktikan kelincahannya di atas padang pada awal musim untuk terus mencuri perhatian meskipun Negeri Sembilan berdepan prestasi yang tidak menentu sehingga menamatkan Liga Super di tangga kedua tercorot.
Namun, pencapaian kelab tidak mematahkan semangat pemain berusia 25 tahun ini untuk terus berbakti sambil mengharapkan pencapaian yang lebih memberangsangkan dapat diraih mereka pada musim depan.
“Saya datang ke sini untuk cari pengalaman baru. Ini kali pertama saya bermain di luar negara, tapi ia memang tahun yang hebat apabila dapat kenal budaya dan orang Malaysia yang sangat baik.
“Sekarang saya dah biasa dengan bola sepak Malaysia, saya rasa musim kedua ini saya boleh tunjukkan 100 peratus kemampuan saya.
“Dalam bola sepak, saya sentiasa fikir untuk pasukan. Saya rasa saya dah tunjuk yang saya pemain yang tak mudah mengalah walaupun dalam musim yang susah, dan akan terus berjuang untuk pasukan sampai akhir”, katanya.
Dalam masa sama, Sasaki juga berterima kasih kepada penyokong-penyokong yang tetap ada di belakang pasukan dan mengharapkan semangat yang sama dapat diberikan buat mereka pada musim hadapan.
“Apatah lagi penyokong Negeri Sembilan memang hebat sebab apabila musim lepas kita bergelut, mereka tetap sokong sampai habis. Bukan sahaja Negeri Sembilan, tapi semangat penyokong JDT, Selangor, Terengganu dan lain-lain juga hebat.
“Sekarang liga dah habis, saya balik ke Tokyo untuk bercuti dan saya ada jumpa juga pemain dari kelab Jepun, sembang pasal bola, tengok perlawanan dan belajar dari mereka”, tambahnya.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |