ARIF AIMAN LAKAR SEJARAH RANGKUL GELARAN MVP KALI KE-4
Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi melakar sejarah tersendiri apabila muncul pemain pertama dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali ke-4 berturut-turut pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025.
Majlis ABK 2024-2025 telah berlangsung dengan jayanya menerusi siaran langsung di Astro Arena, sebentar tadi selaku penyiar rasmi Liga Malaysia menyaksikan sebanyak 17 kategori dipertandingkan pada ABK kali ini.
Arif Aiman, pemain muda berusia 23 tahun terus menjadikan Liga Malaysia musim ini sebagai pentas untuk dirinya memperagakan kehebatannya dengan mencetak 12 gol dan 13 ‘assist’ bagi membantu kelab Harimau Selatan menjulang trofi Liga Super, Piala FA serta melangkah ke final Unifi Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April ini.
Keupayaan pemain lincah itu tidak boleh disangkal lagi apabila diberikan kepercayaan oleh Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio untuk berada dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan bagi menggerakkan jentera serangan pasukan.
Kecemerlangan itu meletakkan pemain kebangsaan itu berada di kelas tersendiri apabila menjadi satu-satunya pemain yang meraih gelaran MVP sebanyak 4 kali berturut-turut selepas bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang merangkul hatrik pada musim 2010 sehingga 2012.
“Alhamdulillah untuk rezeki memenangi MVP buat kali ke-4, saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini.
“Sebenarnya ia bukan tahun yang mudah untuk saya, permulaan yang agak perlahan disebabkan kecederaan, tetapi saya tidak mengalah untuk terus bekerja keras.
“Setiap tahun saya mahu berikan yang terbaik dan Insya-Allah dengan kejayaan ini sekurang-kurangnya dapat beri semangat kepada saya untuk beri penutup indah musim ini dalam saingan final Piala Malaysia pula”, katanya.
Ia malam yang cukup indah buat Arif Aiman apabil dia turut mendominasi tiga lagi kategori lain iaitu Pemain Tengah Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia 2024-2025 dan juga Fans XI (Penyerang).
Ini juga merupakan musim pertama Arif memenangi kategori Pemain Tengah Terbaik (pencalonan mengikut posisi yang didaftarkan pasukan) apabila sebelum ini meraih gelaran Penyerang Terbaik sebanyak tiga kali sejak tahun 2021 sehingga 2023.
Sementara itu, rakan sepasukan Arif Aiman, Bergson da Silva turut mencuri tumpuan apabila meraih Kasut Emas Liga Super selepas cemerlang mengungguli carta penjaring terbanyak dengan 32 gol secara keseluruhan musim ini di pentas liga.
Bahkan, jumlah jaringan itu adalah yang terbanyak buat pemain kelahiran Brazil ini sepanjang beraksi di Liga Malaysia bersama JDT apabila kali terakhir menjadi penjaring terbanyak pada musim 2022 dengan 29 jaringan di Liga Super.
Bukan itu sahaja, sejak menyertai JDT pada tahun 2021, Bergson menjadi simbol ketajaman serangan skuad Harimau Selatan ini menerusi jumlah gol dan sumbangannya di atas padang sekaligus melayakkan dia untuk meraih hatrik Pemain Import Terbaik.
“Saya tidak sangka boleh menang trofi malam ini, terutamanya Kasut Emas.
“Setiap perlawanan saya tidak pernah ambil mudah dan atas bantuan rakan sepasukan juga, saya berjaya untuk menjaringkan gol sehingga 32 jaringan.
“Kejayaan ini secara tidak langsung beri semangat kepada saya juga untuk terus beri yang terbaik di pentas final, Sabtu ini”, jelasnya.
Bagi kategori Jurulatih Terbaik pula, pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mencipta kejutan untuk meraih trofi tersebut buat julung kalinya menewaskan dua calon lain iaitu Hector Bidoglio (JDT) dan Kinoshi Katsuhito (Selangor FC).
Pernah tercalon pada musim 2019 sehingga 2021, ketua jurulatih kelahiran Singapura itu akhirnya berjaya membuktikan kredibilitinya untuk meraih gelaran Jurulatih Terbaik selepas kecemerlangan membawa Kuching City menduduki tangga ke-4 Liga Super pada musim kedua dalam saingan elit Liga Malaysia itu.
Ia pencapaian terbaik Kuching City yang pada awal penubuhannya sebagai kelab amatur yang bersaing dalam Liga Bolasepak Rakyat pada 2015 sehingga kini berdiri gah dalam kelompok terbaik pasukan Liga Super.
“Sebelum ini saya pernah tercalon ketika mengemudi Kedah, dan rezeki masih belum berpihak kepada saya.
“Tetapi kali ini Alhamdulillah saya berpeluang juga untuk merangkul gelaran Jurulatih Terbaik dan ini semua hasil kerjasama satu pasukan untuk Kuching City menamatkan kedudukan lebih baik di Liga Super”, katanya.
Secara keseluruhan, ABK 2024-2025 menyaksikan kelab JDT berjaya menguasai 8 kategori utama yang dipertandingkan pada kali ini.
Selain tiga anugerah yang telah dimenangi oleh Arif serta dua anugerah yang diraih oleh Bergson, Ahmad Syihan Hazmi turut menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan gelaran Penjaga Gol Terbaik buat kali ketiga berturut-turut manakala Feroz Baharudin pula merangkul trofi Pertahanan Terbaik buat kali pertama.
Dan JDT selaku juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut tidak ketinggalan untuk dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik pada musim ini menjadikan 8 anugerah utama berjaya dirangkul buat skuad kendalian Bidoglio ini.
Kategori lain menyaksikan penjaring terbanyak Piala MFL, Gabriel Nistelrooy Tamin (JDT II) pula merangkul dua trofi iaitu Kasut Emas Piala MFL selain berjaya mendominasi kategori Pemain Piala MFL Terbaik menewaskan adik-beradik dari Selangor FC iaitu Haykal Danish Haizon dan Harry Danish Haizon.
Tonggak Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue pula dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik buat julung kalinya apabila diberi kepercayaan mengemudi bahagian serangan pada musim ini dengan berjaya meraih 17 gol di pentas Liga Super sekaligus turut sama membawa pulang Kasut Emas Liga Super (Tempatan).
Rakan sepasukannya, Haqimi Azim Rosli tidak ketinggalan untuk merasai kemenangan apabila mengungguli kategori Pemain Muda Terbaik mengatasi calon Haykal Danish Haizon (Selangor FC) dan Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC).
Boys of Straits Johor Darul Ta’zim pula membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi mereka selaku pemain ke-12 berbaloi untuk mereka meraih trofi bagi Anugerah Penyokong Terbaik manakala Terengganu FC berjaya mempertahankan Anugerah Fairplay untuk musim ini.
Seramai 498 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama kelab masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK24-25 yang terdiri daripada Nafuzi Zain (Ketua Jurulatih Bawah 23), Razman Roslan (Timbalan Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia), Sulaiman Hussin (Exco Persatuan Jurulatih Bolasepak), Firdaus Hashim (Exco Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia), dan Izwan Mohd Noor (Pengulas Astro Arena) selaku wakil penyiar rasmi Liga Malaysia bagi menyenaraipendekkan 10 pemain terbaik dalam setiap kategori.
Para pemain telah dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.
Pemilihan pemain terbaik bagi lapan kategori telah dibuat berdasarkan keputusan undian daripada 13 ketua jurulatih dan 13 ketua pasukan Liga Super, 13 ketua jurulatih dan 13 ketua pasukan Piala MFL serta 26 wakil media.
Berikut merupakan senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024-2025:-
1. Penjaga Gol Terbaik: Syihan Hazmi Mohamed (JDT)
2. Pertahanan Terbaik: Feroz Baharudin (JDT)
3. Pemain Tengah Terbaik: Arif Aiman Hanapi (JDT)
4. Penyerang Terbaik: Paulo Josue (KLC)
5. Jurulatih Terbaik: Aidil Sharin Sahak (KUC)
6. Pemain Import Terbaik: Bergson Da Silva (JDT)
7. Pemain Muda Terbaik: Haqimi Azim Rosli (KLC)
8. Pemain Piala MFL Terbaik: Gabriel Nistelrooy Tamin (JDT2)
9. Pemain Paling Bernilai (MVP): Arif Aiman Hanapi (JDT)
10. Anugerah Fairplay: Terengganu FC
11. Pasukan Terbaik: Johor Darul Ta'zim
12. Gol Terbaik Liga Malaysia 2024-2025: Arif Aiman Hanapi (JDT)
13. Kasut Emas Piala MFL: Gabriel Nistelrooy Tamin (JDT2) – 24 Gol
14. Kasut Emas Liga Super: Bergson da Silva (JDT) – 32 Gol
15. Kasut Emas Liga Super (Tempatan): Paulo Josue (KLC) – 17 Gol
16. Penyokong Terbaik: Boys of Straits (JDT)
17. FAN XI
Jurulatih - Aidil Sharin Sahak (Kuching City FC)
Penjaga Gol - Syihan Hazmi Mohamed (Johor Darul Ta’zim)
Pemain Pertahanan - Feroz Baharudin (Johor Darul Ta’zim)
Pemain Pertahanan - Park Jun-Heong (Johor Darul Ta’zim)
Pemain Pertahanan - Jimmy Raymond (Kuching City FC)
Pemain Tengah - Nooa Laine (Selangor FC)
Pemain Tengah - Juan Muniz (Johor Darul Ta’zim)
Pemain Tengah - Danial Amier (Kuching City FC)
Pemain Tengah - Nando Welter (Kuching City FC)
Penyerang - Faisal Halim (Selangor FC)
Penyerang - Bergson da Silva (Johor Darul Ta’zim)
Penyerang - Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim)
See TranslationMajlis ABK 2024-2025 telah berlangsung dengan jayanya menerusi siaran langsung di Astro Arena, sebentar tadi selaku penyiar rasmi Liga Malaysia menyaksikan sebanyak 17 kategori dipertandingkan pada ABK kali ini.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |