
This content has been blocked for violating our Community Guidelines.
TAMAT 24 AKSI LIGA SUPER, JDT KINI FOKUS FINAL UNIFI PIALA MALAYSIA
Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menggesa anak buahnya untuk kekal fokus bagi menghadapi final Unifi Piala Malaysia pada 26 April ini selepas berjaya menyempurnakan misi kejuaraan Liga Super dengan rekod tanpa kalah semalam.
Baginya, kemenangan ke atas Kuching City FC dalam aksi Liga Super semalam cukup penting untuk memberikan motivasi tinggi kepada barisan pemain menjelang pertembungan final dengan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.
Tentangan yang diberikan oleh Kuching City juga cukup sengit dan banyak yang boleh diperbaiki dalam tempoh yang ada ini bagi memastikan JDT berada di tahap terbaik dalam misi mempertahankan trofi Piala Malaysia musim 2024-2025.
“Ia adalah aksi yang sukar semalam, sangat sukar tetapi saya tetap berbangga dengan pemain kerana mereka tetap memberikan aksi terbaik.
“Dalam musim yang panjang dan penuh mencabar, saya ingin mengucapkan tahniah kepada barisan pemain dan kejurulatihan yang telah banyak membantu dan turut mempercayai saya untuk membimbing pasukan ini.
“JDT semakin hari semakin cemerlang dan sangat penting untuk kami mengakhiri musim ini dengan rekod tanpa kalah.
“Sekarang kami hanya perlu fokus untuk terus berkembang dan kekal fokus untuk aksi terakhir, iaitu final Unifi Piala Malaysia,” jelasnya.
Dengan kemenangan 2-0 ke atas Kuching City semalam menyaksikan JDT kini hanya menanti perlawanan terakhir mereka iaitu aksi final Unifi Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April dan telah menamatkan 24 perlawanan Liga Super dengan 70 mata secara keseluruhan.
See TranslationBaginya, kemenangan ke atas Kuching City FC dalam aksi Liga Super semalam cukup penting untuk memberikan motivasi tinggi kepada barisan pemain menjelang pertembungan final dengan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.
Tentangan yang diberikan oleh Kuching City juga cukup sengit dan banyak yang boleh diperbaiki dalam tempoh yang ada ini bagi memastikan JDT berada di tahap terbaik dalam misi mempertahankan trofi Piala Malaysia musim 2024-2025.
“Ia adalah aksi yang sukar semalam, sangat sukar tetapi saya tetap berbangga dengan pemain kerana mereka tetap memberikan aksi terbaik.
“Dalam musim yang panjang dan penuh mencabar, saya ingin mengucapkan tahniah kepada barisan pemain dan kejurulatihan yang telah banyak membantu dan turut mempercayai saya untuk membimbing pasukan ini.
“JDT semakin hari semakin cemerlang dan sangat penting untuk kami mengakhiri musim ini dengan rekod tanpa kalah.
“Sekarang kami hanya perlu fokus untuk terus berkembang dan kekal fokus untuk aksi terakhir, iaitu final Unifi Piala Malaysia,” jelasnya.
Dengan kemenangan 2-0 ke atas Kuching City semalam menyaksikan JDT kini hanya menanti perlawanan terakhir mereka iaitu aksi final Unifi Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April dan telah menamatkan 24 perlawanan Liga Super dengan 70 mata secara keseluruhan.
All 0
Most Relevant 
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |