UBAIDULLAH AKUI KUALITI YANG ADA PADA DUA CALON LAIN REBUT TROFI ABK 2024-2025
Pemain muda Terengganu FC, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap saingan sengit untuknya berdepan dua penyerang hebat bagi merebut trofi dalam kategori Pemain Muda Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025.
Selaku pemain di posisi pertahanan, Ubaidullah sedar bukan mudah untuk mengatasi kualiti yang ada pada dua lagi calon selaku penyerang iaitu Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC) dan Haykal Danish Haizon (Selangor FC) yang dilihat begitu cemerlang bersama kelab masing-masing.
Namun, dia tetap bersyukur dengan pencalonan tiga terbaik ini buat kali kedua selepas bekerja keras membantu kelabnya apatah lagi ini musim pertama pemain berusia 22 tahun itu bersama skuad utama selepas cemerlang membantu Terengganu FC II meraih trofi Piala MFL musim 2023.
Bagi Ubaidullah, aksi yang tidak boleh dilupakan pada musim ini adalah ketika dia menjaringkan gol kemenangan menentang Penang FC selepas Terengganu tidak menang dalan 6 perlawanan berturut-turut di pentas Liga Super pada November tahun lalu.
“Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk berada dalam pencalonan tiga terbaik kategori Pemain Muda.
“Bagi saya musim lepas adalah yang terbaik kalau nak dibandingkan musim ini, tetapi saya tetap berusaha keras untuk pamerkan kualiti dan doa ibu bapa juga yang berjaya bawa saya ke tahap ini.
“Bagi saya, dua calon lain (Haqimi dan Haykal) merupakan saingan yang hebat untuk saya rebut trofi ini.
“Apatah lagi mereka berdua bermain di posisi penyerang, jadi sudah tentu mereka lebih menonjol daripada segi kualiti dan sebagainya, tapi apa pun saya percaya kepada rezeki”, jelasnya.
Ubaidullah mencuri tumpuan tahun lalu selepas kali pertama meraih trofi Pemain Terbaik Piala MFL ABK 2023 manakala Haqimi Azim pula pernah tercalon dalam senarai 10 terbaik dalam kategori Penyerang dan Pemain Muda pada tahun 2023 dan Haykal Danish pula tercalon buat kali pertama selepas berjaya pamer kualiti tersendiri bersama kelab.
See TranslationSelaku pemain di posisi pertahanan, Ubaidullah sedar bukan mudah untuk mengatasi kualiti yang ada pada dua lagi calon selaku penyerang iaitu Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC) dan Haykal Danish Haizon (Selangor FC) yang dilihat begitu cemerlang bersama kelab masing-masing.
Namun, dia tetap bersyukur dengan pencalonan tiga terbaik ini buat kali kedua selepas bekerja keras membantu kelabnya apatah lagi ini musim pertama pemain berusia 22 tahun itu bersama skuad utama selepas cemerlang membantu Terengganu FC II meraih trofi Piala MFL musim 2023.
Bagi Ubaidullah, aksi yang tidak boleh dilupakan pada musim ini adalah ketika dia menjaringkan gol kemenangan menentang Penang FC selepas Terengganu tidak menang dalan 6 perlawanan berturut-turut di pentas Liga Super pada November tahun lalu.
“Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk berada dalam pencalonan tiga terbaik kategori Pemain Muda.
“Bagi saya musim lepas adalah yang terbaik kalau nak dibandingkan musim ini, tetapi saya tetap berusaha keras untuk pamerkan kualiti dan doa ibu bapa juga yang berjaya bawa saya ke tahap ini.
“Bagi saya, dua calon lain (Haqimi dan Haykal) merupakan saingan yang hebat untuk saya rebut trofi ini.
“Apatah lagi mereka berdua bermain di posisi penyerang, jadi sudah tentu mereka lebih menonjol daripada segi kualiti dan sebagainya, tapi apa pun saya percaya kepada rezeki”, jelasnya.
Ubaidullah mencuri tumpuan tahun lalu selepas kali pertama meraih trofi Pemain Terbaik Piala MFL ABK 2023 manakala Haqimi Azim pula pernah tercalon dalam senarai 10 terbaik dalam kategori Penyerang dan Pemain Muda pada tahun 2023 dan Haykal Danish pula tercalon buat kali pertama selepas berjaya pamer kualiti tersendiri bersama kelab.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |