MFL UMUM PEMANSUHAN KEJOHANAN PIALA MFL
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan bahawa kejohanan Piala MFL tidak akan dipertandingkan pada musim 2025-2026 apabila Rakan Kongsi Liga sebulat suara bersetuju untuk memansuhkan saingan bawah 23 tahun itu.
Keputusan untuk memansuhkan Piala MFL dibuat menerusi perbincangan bersama Rakan Kongsi Liga yang terdiri daripada 13 Kelab Liga Super dalam pertemuan pada 19 Februari 2025.
Kejohanan untuk pembangunan pemain muda ini mula dipertandingkan pada 2023 dengan mendapat sokongan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di mana setiap kelab diwajibkan memiliki skuad Piala MFL bagi memenuhi salah satu kriteria dalam Pelesenan Kelab.
Bagaimanapun selepas dua musim, MFL mendapati pihak kelab menanggung perbelanjaan tinggi dari segi pembayaran gaji pemain dan operasi logistik sehingga mencecah Rm28 juta bagi kos yang ditanggung keseluruhan kelab Liga Super.
Dengan mengambil kira pandangan semua Rakan Kongsi Liga, MFL percaya keputusan untuk memansuhkan saingan Piala MFL ini perlu diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dan menstabilkan semula kedudukan kewangan kelab.
Malah MFL bersama Rakan Kongsi Liga juga bersetuju bahawa pada usia pemain 20 hingga 23 tahun adalah tempoh pemain muda sudah mula bersaing mendapatkan tempat dalam skuad utama berbanding bermain dalam pertandingan peringkat umur.
Meskipun Piala MFL sudah tidak dipertandingkan lagi bermula musim depan, pembangunan pemain muda masih menjadi keutamaan dengan skuad Piala Presiden (bawah 20 tahun) dan Piala Belia (bawah 18 tahun) kekal bersaing dalam kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ketiadaan liga bagi pemain bawah 23 tahun itu, MFL komited untuk terus memperkasakan satu-satunya saingan liga domestik iaitu Liga Super bagi musim 2025-2026.
See TranslationKeputusan untuk memansuhkan Piala MFL dibuat menerusi perbincangan bersama Rakan Kongsi Liga yang terdiri daripada 13 Kelab Liga Super dalam pertemuan pada 19 Februari 2025.
Kejohanan untuk pembangunan pemain muda ini mula dipertandingkan pada 2023 dengan mendapat sokongan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di mana setiap kelab diwajibkan memiliki skuad Piala MFL bagi memenuhi salah satu kriteria dalam Pelesenan Kelab.
Bagaimanapun selepas dua musim, MFL mendapati pihak kelab menanggung perbelanjaan tinggi dari segi pembayaran gaji pemain dan operasi logistik sehingga mencecah Rm28 juta bagi kos yang ditanggung keseluruhan kelab Liga Super.
Dengan mengambil kira pandangan semua Rakan Kongsi Liga, MFL percaya keputusan untuk memansuhkan saingan Piala MFL ini perlu diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dan menstabilkan semula kedudukan kewangan kelab.
Malah MFL bersama Rakan Kongsi Liga juga bersetuju bahawa pada usia pemain 20 hingga 23 tahun adalah tempoh pemain muda sudah mula bersaing mendapatkan tempat dalam skuad utama berbanding bermain dalam pertandingan peringkat umur.
Meskipun Piala MFL sudah tidak dipertandingkan lagi bermula musim depan, pembangunan pemain muda masih menjadi keutamaan dengan skuad Piala Presiden (bawah 20 tahun) dan Piala Belia (bawah 18 tahun) kekal bersaing dalam kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ketiadaan liga bagi pemain bawah 23 tahun itu, MFL komited untuk terus memperkasakan satu-satunya saingan liga domestik iaitu Liga Super bagi musim 2025-2026.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |