MFL UMUM HARGA TIKET PERLAWANAN AKHIR UNIFI PIALA MALAYSIA 2024-2025
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April 2025 (Sabtu) jam 9.00 malam.
Kemuncak perebutan trofi berprestij itu bakal mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, tiada perubahan harga tiket bagi aksi final Unifi Piala Malaysia musim ini di mana empat kategori tiket bakal dijual kepada penyokong JDT dan Sri Pahang FC.
“MFL membuat keputusan untuk mengekalkan harga tiket perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia seperti sebelum ini dengan tiket harga serendah RM50 dan RM70 bagi kategori General Admission selain Unifi Premium RM150 serta Unifi VIP Grandstand RM200.
“Kami berharap dengan penetapan harga tiket serta pengumuman lebih awal ini akan memudahkan penyokong-penyokong JDT dan Sri Pahang FC merancang perjalanan untuk hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.
“Bagi memudahkan penyokong-penyokong mendapatkan tiket, urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pasukan finalis seperti yang dilaksanakan sebelum ini. Proses ini dilihat membolehkan JDT dan Sri Pahang FC dapat menjual tiket kepada penyokong masing-masing secara sistematik dan sama rata,” katanya.
Pihak MFL juga telah mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan JDT dan Sri Pahang FC mengenai agihan tiket perlawanan akhir selain ia turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Pertama Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 yang telah berlangsung hari ini.
Penyokong-penyokong boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung pembelian tiket perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia menerusi hebahan yang akan dibuat oleh kedua-dua kelab finalis dalam masa terdekat.
See TranslationKemuncak perebutan trofi berprestij itu bakal mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |