KEMALANGAN SEHARI SEBELUM NIKAH MEMANG MENGEJUTKAN - AZMEER ARIS
Pertahanan Penang FC, Muhamad Azmeer Aris bersyukur tidak mengalami kecederaan serius apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis iaitu sehari sebelum majlis perkahwinannya yang berlangsung semalam.
Pemain berusia 24 tahun itu bersama-sama rakan sepasukan, Amer Azahar dalam perjalanan ke pusat bandar George Town bagi menyertai perlawanan Liga Super 2023 sebelum kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori yang terbakar pada petang Khamis.
Menceritakan detik cemas itu, Azmeer dan Amer sempat keluar daripada kenderaan jenis Honda HRV itu sejurus sahaja dirempuh menyaksikan bahagian hadapan keretanya remuk.
Mereka hanya mengalami bengkak di lutut kanan akibat hentakan dan lega tiada kecederaan teruk dialami sehari sebelum majlis pernikahannya yang berlangsung semalam.
“Saya dan Amer dalam perjalanan untuk bersama pasukan bagi perlawanan Liga Super dan tidak sangka boleh ada lori terbakar di hadapan kami.
“Saya sempat berhentikan kereta dan dekat belakang dah ada banyak kereta lain, jadi kami terkejut apabila tiba-tiba lori tu berundur dalam keadaan terbakar menghala ke arah kami.
“Saya tak boleh buat apa-apa sebab kereta lain banyak dekat belakang dan semuanya berlaku dengan cepat sekali tetapi Alhamdulillah kami dapat keluar dengan selamat.
“Cuma lutut saya ada bengkak sikit disebabkan hentakan namun saya bersyukur sangat tidak berlaku apa-apa yang teruk dekat kami berdua.
“Keluarga saya dan keluarga isteri memang risaukan keadaan saya sebab kami berkahwin pada hari ini (semalam) dan Alhamdulillah majlis perkahwinan pun dah berjalan lancar,” katanya.
Kejadian yang berlaku itu menyaksikan dua pemain Penang FC tersebut tidak bermain dalam aksi berdepan Kuching City FC, semalam menyaksikan Penang menang dengan keputusan 2-1.
See TranslationPemain berusia 24 tahun itu bersama-sama rakan sepasukan, Amer Azahar dalam perjalanan ke pusat bandar George Town bagi menyertai perlawanan Liga Super 2023 sebelum kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori yang terbakar pada petang Khamis.
Menceritakan detik cemas itu, Azmeer dan Amer sempat keluar daripada kenderaan jenis Honda HRV itu sejurus sahaja dirempuh menyaksikan bahagian hadapan keretanya remuk.
Mereka hanya mengalami bengkak di lutut kanan akibat hentakan dan lega tiada kecederaan teruk dialami sehari sebelum majlis pernikahannya yang berlangsung semalam.
“Saya dan Amer dalam perjalanan untuk bersama pasukan bagi perlawanan Liga Super dan tidak sangka boleh ada lori terbakar di hadapan kami.
“Saya sempat berhentikan kereta dan dekat belakang dah ada banyak kereta lain, jadi kami terkejut apabila tiba-tiba lori tu berundur dalam keadaan terbakar menghala ke arah kami.
“Saya tak boleh buat apa-apa sebab kereta lain banyak dekat belakang dan semuanya berlaku dengan cepat sekali tetapi Alhamdulillah kami dapat keluar dengan selamat.
“Cuma lutut saya ada bengkak sikit disebabkan hentakan namun saya bersyukur sangat tidak berlaku apa-apa yang teruk dekat kami berdua.
“Keluarga saya dan keluarga isteri memang risaukan keadaan saya sebab kami berkahwin pada hari ini (semalam) dan Alhamdulillah majlis perkahwinan pun dah berjalan lancar,” katanya.
Kejadian yang berlaku itu menyaksikan dua pemain Penang FC tersebut tidak bermain dalam aksi berdepan Kuching City FC, semalam menyaksikan Penang menang dengan keputusan 2-1.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |