WASPADA ANCAMAN SABAH FC - CHENG HOE
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengingatkan anak buahnya supaya lebih berwaspada dengan asakan Sabah FC apabila mereka berkunjung ke Stadium Likas esok.
Walaupun momentum skuad Red Giants dalam keadaan terbaik selepas melakar empat kemenangan berturut- turut sebelum ini, namun Cheng Hoe percaya pasukan tuan rumah pasti akan lebih bersedia.
Dengan berada di kedudukan kedua liga, lima mata di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengumpul 27 mata, Selangor perlu meneruskan rentak kemenangan bagi memberi tekanan kepada pendahulu liga itu.
"Kita semua tahu corak permainan yang dipamerkan pasukan Sabah sangat agresif dengan itu pemain-pemain perlu sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing".
"Kedudukan dan mata yang diperoleh cukup penting untuk pasukan, ia juga menjadi satu motivasi buat pemain-pemain untuk berada dalam keadaan yang baik,” katanya.
Selepas tumpas 0-4 di tangan JDT, Selangor merekod empat kemenangan dengan mencatat 13 gol serta hanya dibolosi 3 kali.
Bagaimanapun Cheng Hoe mahu anak buahnya terus memperkemaskan permainan termasuk memberi penekanan kepada bahagian pertahanan untuk mengekang serangan Sabah yang kini menduduki tangga keempat liga dengan 17 mata.
"Kami haruslah bersedia dari segi taktikal dan juga pertahanan yang baik untuk menghalang serangan pasukan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee di Likas:
"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi setiap pemain pada perlawanan yang sebelum ini tetapi banyak juga perlu diperbaiki dari masa ke semasa.
"Saya berharap pemain-pemain dapat mengekalkan momentum dan konsistensi yang terbaik pada perlawanan esok,” jelas Cheng Hoe.
Saksikan siaran langsung perlawanan Sabah FC lwn Selangor FC bermula jam 7:30 malam di Astro Arena Bola (803) dan Astro GO.
See TranslationWalaupun momentum skuad Red Giants dalam keadaan terbaik selepas melakar empat kemenangan berturut- turut sebelum ini, namun Cheng Hoe percaya pasukan tuan rumah pasti akan lebih bersedia.
Dengan berada di kedudukan kedua liga, lima mata di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengumpul 27 mata, Selangor perlu meneruskan rentak kemenangan bagi memberi tekanan kepada pendahulu liga itu.
"Kita semua tahu corak permainan yang dipamerkan pasukan Sabah sangat agresif dengan itu pemain-pemain perlu sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing".
"Kedudukan dan mata yang diperoleh cukup penting untuk pasukan, ia juga menjadi satu motivasi buat pemain-pemain untuk berada dalam keadaan yang baik,” katanya.
Selepas tumpas 0-4 di tangan JDT, Selangor merekod empat kemenangan dengan mencatat 13 gol serta hanya dibolosi 3 kali.
Bagaimanapun Cheng Hoe mahu anak buahnya terus memperkemaskan permainan termasuk memberi penekanan kepada bahagian pertahanan untuk mengekang serangan Sabah yang kini menduduki tangga keempat liga dengan 17 mata.
"Kami haruslah bersedia dari segi taktikal dan juga pertahanan yang baik untuk menghalang serangan pasukan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee di Likas:
"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi setiap pemain pada perlawanan yang sebelum ini tetapi banyak juga perlu diperbaiki dari masa ke semasa.
"Saya berharap pemain-pemain dapat mengekalkan momentum dan konsistensi yang terbaik pada perlawanan esok,” jelas Cheng Hoe.
Saksikan siaran langsung perlawanan Sabah FC lwn Selangor FC bermula jam 7:30 malam di Astro Arena Bola (803) dan Astro GO.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |