SELANGOR FC, PDRM FC DALAM MISI MEMBURU TROFI KEJUARAAN MFL CHALLENGE CUP
Ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi meluahkan kegembiraan apabila pasukannya sah mara ke final MFL Challenge Cup 2024-2025 selepas menumpaskan Penang FC dengan agregat 2-0.
Kinoshi turut memberi penghargaan buat para pemainnya yang telah bertungkus lumus di atas padang sebagai hadiah buat penyokong yang hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi aksi separuh akhir kedua Ahad lalu.
Keputusan 1-0 yang terhasil di Stadium MBPJ itu mengesahkan kemaraan skuad Gergasi Merah itu ke final MFL Challenge Cup yang akan berlangsung dalam aksi timbal balik pada 15 dan 22 Februari ini.
"Kami ada beberapa lagi perlawanan sebelum bertemu PDRM FC di perlawanan akhir. Ia akan menjadi satu bentuk tekanan juga kepada pemain tetapi ia juga merupakan satu peluang untuk menggembirakan penyokong.
"Ini adalah satu tekanan bagi pemain profesional bola sepak. Saya juga beritahu kepada pemain agar menikmati perlawanan akhir ini sebagai finalis," ujar Kinoshi.
Sementara itu PDRM FC pula turun dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.
Skuad kendalian P. Maniam itu berjaya mengatasi Kedah Darul Aman FC di penentuan sepakan penalti dengan keputusan 5-4 (setelah terikat agregat 4-4) sekali gus membawa mereka ke pentas final.
Untuk rekod, PDRM FC berjaya menjulang trofi MFL Challenge Cup 2023 selepas menumpaskan Kuching City FC dengan agregat 4-1.
Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung secara timbal balik, bermula dengan final pusingan pertama di gelanggang Selangor FC, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 15 Februari diikuti aksi final kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 22 Februari.
See TranslationKinoshi turut memberi penghargaan buat para pemainnya yang telah bertungkus lumus di atas padang sebagai hadiah buat penyokong yang hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi aksi separuh akhir kedua Ahad lalu.
Keputusan 1-0 yang terhasil di Stadium MBPJ itu mengesahkan kemaraan skuad Gergasi Merah itu ke final MFL Challenge Cup yang akan berlangsung dalam aksi timbal balik pada 15 dan 22 Februari ini.
"Kami ada beberapa lagi perlawanan sebelum bertemu PDRM FC di perlawanan akhir. Ia akan menjadi satu bentuk tekanan juga kepada pemain tetapi ia juga merupakan satu peluang untuk menggembirakan penyokong.
"Ini adalah satu tekanan bagi pemain profesional bola sepak. Saya juga beritahu kepada pemain agar menikmati perlawanan akhir ini sebagai finalis," ujar Kinoshi.
Sementara itu PDRM FC pula turun dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.
Skuad kendalian P. Maniam itu berjaya mengatasi Kedah Darul Aman FC di penentuan sepakan penalti dengan keputusan 5-4 (setelah terikat agregat 4-4) sekali gus membawa mereka ke pentas final.
Untuk rekod, PDRM FC berjaya menjulang trofi MFL Challenge Cup 2023 selepas menumpaskan Kuching City FC dengan agregat 4-1.
Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung secara timbal balik, bermula dengan final pusingan pertama di gelanggang Selangor FC, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 15 Februari diikuti aksi final kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 22 Februari.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |