PEREBUTAN SENGIT KE FINAL UNIFI PIALA MALAYSIA ANTARA SABAH FC DAN SRI PAHANG FC
Perlawanan kedua separuh akhir Unifi Piala Malaysia bakal menyaksikan pertembungan hebat antara Sabah FC dan Sri Pahang FC selepas masing-masing terikat seri 1-1 dalam pertemuan pertama tempoh hari.
Perebutan slot ke final terus hangat meskipun JDT kini dalam kedudukan selesa dengan bekalan 4 gol selepas menewaskan Terengganu FC dalam aksi pertama separuh akhir minggu lalu.
Namun, cerita berbeza di Stadium Likas apabila pertembungan sengit ditampilkan oleh kedua-dua pasukan menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Pengendali tuan rumah, Martin Stano mengakui barisan pemain tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk menterjemahkan gol sehingga membuka ruang kepada lawan untuk menyamakan kedudukan di babak kedua perlawanan.
“Ini bukan perlawanan yang kita inginkan sebab kita sememangnya nak menang apatah lagi di laman sendiri.
“Separuh masa pertama kita banyak kehilangan bola dan walaupun kita menjaringkan gol terlebih dahulu, pemain banyak tidak fokus selepas itu.
“Untuk bermain di Temerloh dalam aksi timbal balik bukan mudah, peluang 50-50 tetapi tiada yang mustahil sehingga wisel penamat dibunyikan”, jelasnya.
Sementara itu, ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji kerja keras anak buahnya yang cukup berdisiplin dalam usaha untuk bangkit di separuh masa kedua.
Namun, sudah pasti banyak yang perlu diperbaiki terutamanya untuk mencongak kembali stratagi selepas pasukan kehilangan Manuel Hidalgo yang telah dikenakan kad merah.
“Alhamdulillah, pemain-pemain sudah beri yang terbaik untuk sekurang-kurangnya raih satu gol dan mereka mempunyai disiplin yang tinggi kali ini, tidak seperti ketika bermain dengan Negeri Sembilan.
“Saya memang dah cakap dekat pemain selepas separuh masa pertama untuk cetak gol juga dan tutup semua ruang yang ada, jadi mereka berjaya terutamanya di bahagian pertahanan.
“Tetapi sudah tentu, terasa kehilangan untuk aksi timbal balik ini tanpa Hidalgo dan saya kena menggunakan pemain-pemain simpanan yang ada untuk menggantikannya”, katanya.
Aksi timbal balik separuh akhir antara JDT dan Terengganu FC akan diadakan pada 1 Februari 2025 manakala pertemuan Sri Pahang FC dan Sabah FC akan berlangsung pada 2 Februari 2025.
See TranslationPerebutan slot ke final terus hangat meskipun JDT kini dalam kedudukan selesa dengan bekalan 4 gol selepas menewaskan Terengganu FC dalam aksi pertama separuh akhir minggu lalu.
Namun, cerita berbeza di Stadium Likas apabila pertembungan sengit ditampilkan oleh kedua-dua pasukan menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Pengendali tuan rumah, Martin Stano mengakui barisan pemain tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk menterjemahkan gol sehingga membuka ruang kepada lawan untuk menyamakan kedudukan di babak kedua perlawanan.
“Ini bukan perlawanan yang kita inginkan sebab kita sememangnya nak menang apatah lagi di laman sendiri.
“Separuh masa pertama kita banyak kehilangan bola dan walaupun kita menjaringkan gol terlebih dahulu, pemain banyak tidak fokus selepas itu.
“Untuk bermain di Temerloh dalam aksi timbal balik bukan mudah, peluang 50-50 tetapi tiada yang mustahil sehingga wisel penamat dibunyikan”, jelasnya.
Sementara itu, ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji kerja keras anak buahnya yang cukup berdisiplin dalam usaha untuk bangkit di separuh masa kedua.
Namun, sudah pasti banyak yang perlu diperbaiki terutamanya untuk mencongak kembali stratagi selepas pasukan kehilangan Manuel Hidalgo yang telah dikenakan kad merah.
“Alhamdulillah, pemain-pemain sudah beri yang terbaik untuk sekurang-kurangnya raih satu gol dan mereka mempunyai disiplin yang tinggi kali ini, tidak seperti ketika bermain dengan Negeri Sembilan.
“Saya memang dah cakap dekat pemain selepas separuh masa pertama untuk cetak gol juga dan tutup semua ruang yang ada, jadi mereka berjaya terutamanya di bahagian pertahanan.
“Tetapi sudah tentu, terasa kehilangan untuk aksi timbal balik ini tanpa Hidalgo dan saya kena menggunakan pemain-pemain simpanan yang ada untuk menggantikannya”, katanya.
Aksi timbal balik separuh akhir antara JDT dan Terengganu FC akan diadakan pada 1 Februari 2025 manakala pertemuan Sri Pahang FC dan Sabah FC akan berlangsung pada 2 Februari 2025.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |